BH Online
Ringkasan Berita

Harga petrol, diesel global naik lebih pantas berbanding minyak mentah - OCBC Research

KUALA LUMPUR: Ketegangan di Asia Barat mula meningkatkan tekanan terhadap pengguna global apabila harga petrol dan diesel meningkat lebih pantas berbanding harga minyak mentah.
Harga petrol, diesel global naik lebih pantas berbanding minyak mentah - OCBC Research

Gamba fail. Pengguna mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Presint 8, Putrajaya. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR: Ketegangan di Asia Barat mula meningkatkan tekanan terhadap pengguna global apabila harga petrol dan diesel meningkat lebih pantas berbanding harga minyak mentah.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap tekanan inflasi memandangkan kenaikan harga bahan api memberi kesan lebih langsung kepada kos sara hidup pengguna serta kos operasi pelbagai sektor ekonomi.

Menurut laporan OCBC Group Research, pasaran komoditi terus berdepan tekanan susulan gangguan aliran minyak melalui Selat Hormuz serta gangguan operasi di beberapa kilang penapisan di Russia.

Pakar Strategi Komoditi OCBC, Sim Moh Siong, berkata gabungan kedua-dua faktor itu telah mengetatkan bekalan diesel global dan meningkatkan margin penapisan produk petroleum.

"Gabungan pengurangan aliran melalui Hormuz serta gangguan di kilang penapisan Rusia telah mengetatkan bekalan diesel global dan meningkatkan margin penapisan produk," katanya dalam laporan itu.

Harga minyak mentah Brent pula kembali menguji paras AS$100 setong susulan penurunan ketara trafik kapal tangki melalui Selat Hormuz, selain peningkatan premium risiko geopolitik.

Laporan itu menyatakan harga hadapan Brent kini didagangkan melebihi unjuran awal OCBC iaitu AS$75 setong bagi suku keempat 2026 dan AS$71 setong menjelang pertengahan 2027.

Pada masa sama, tindakan terbaharu Amerika Syarikat (AS) menyekat operasi pelabuhan Iran turut mengehadkan kapasiti eksport negara itu, sekali gus melambatkan pemulihan bekalan minyak global.

Moh Siong berkata, walaupun perkembangan diplomatik berpotensi mencetuskan pembetulan harga minyak dengan pantas, serangan lanjut ke atas kapal tangki atau infrastruktur tenaga di Asia Barat boleh mengekalkan Brent melebihi paras AS$100 setong.

Video Terkini

Berita Berkaitan