BH Online
Ringkasan Berita

AS dianggar belanja AS$37.5 bilion bagi perang dengan Iran setakat ini

WASHINGTON: Perbelanjaan Amerika Syarikat (AS) bagi perang dengan Iran setakat ini dianggarkan mencecah AS$37.5 bilion, menurut anggaran terkini Pentagon ketika pentadbiran Donald Trump memohon dana tambahan bagi konflik itu, lapor Xinhua.
AS dianggar belanja AS$37.5 bilion bagi perang dengan Iran setakat ini

Anggota Kongres daripada Parti Republikan berusaha mendapatkan kelulusan bagi cadangan belanjawan pertahanan Presiden Trump berjumlah AS$1.5 trilion - Foto AFP

WASHINGTON: Perbelanjaan Amerika Syarikat (AS) bagi perang dengan Iran setakat ini dianggarkan mencecah AS$37.5 bilion, menurut anggaran terkini Pentagon ketika pentadbiran Donald Trump memohon dana tambahan bagi konflik itu, lapor Xinhua.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata peruntukan tambahan bagi perang dengan Iran adalah 'mendesak dan perlu' ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran belanjawan Senat.

"Tanpa dana ini, kami berdepan kekurangan kritikal," kata beliau.

Kenyataan itu dibuat ketika anggota Kongres daripada Parti Republikan berusaha mendapatkan kelulusan bagi cadangan belanjawan pertahanan Presiden Trump berjumlah AS$1.5 trilion.

Pada Jun, Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan Rumah Putih, Russell Vought, memaklumkan anggota Kongres bahawa perang dengan Iran menelan belanja kira-kira AS$30 bilion daripada wang pembayar cukai AS.

Hegseth turut diasak mengenai laporan bahawa Pentagon melengahkan pendedahan jumlah anggota tentera AS yang cedera dalam pertempuran terbaharu dengan Iran.

Menurut Pentagon, hampir 100 anggota tentera AS cedera sejak 7 Julai.

-BERNAMA-XINHUA

Video Terkini

Berita Berkaitan