BH Online
Ringkasan Berita

Peningkatan penggunaan ubat generik kurangkan kos rawatan hospital

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pembaharuan sektor penjagaan kesihatan di negara ini dijangka akan memacu penggunaan ubat generik di hospital swasta, yang mana positif untuk sektor farmaseutikal negara, menurut penganalisis.
Peningkatan penggunaan ubat generik  kurangkan kos rawatan hospital

Gambar fail. Antara produk ubat-ubatan di sebuah farmasi di Kuala Sleangor. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pembaharuan sektor penjagaan kesihatan di negara ini dijangka akan memacu penggunaan ubat generik di hospital swasta, yang mana positif untuk sektor farmaseutikal negara, menurut penganalisis.

Penganalisis CIMB Securities, Chun Sung Oong, berkata, bagi setiap peningkatan lima mata peratusan dalam penggunaan ubat generik di hospital swasta, potensi pendapatan tambahan ke pasaran generik dianggarkan sekitar RM850 juta.

Menurutnya, peningkatan penggunaan itu didorong terutamanya oleh keberkesanan kos ubat generik, yang biasanya berharga 70 peratus hingga 90 peratus lebih rendah daripada ubat berpaten disebabkan oleh perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kawal selia yang lebih rendah.

Katanya, perubahan sedemikian bukan saja akan memberi manfaat kepada pesakit tetapi juga meningkatkan potensi pertumbuhan pendapatan pengeluar generik domestik secara ketara.

"Secara keseluruhan, kami melihat rangka kerja dasar yang berkembang sebagai positif untuk sektor penjagaan kesihatan kerana ia mencapai keseimbangan antara meningkatkan kemampuan penjagaan kesihatan dan memelihara kemampanan jangka panjang ekosistem penjagaan kesihatan swasta," katanya dalam nota penyelidikannya.

Sung Oong berkata, pihaknya melihat KPJ Healthcare Bhd dan Sunway Healthcare Holdings Bhd sebagai penerima manfaat utama dalam kalangan syarikat senaraian awam berkaitan penjagaan kesihatan.

Menurutnya, ia berikutan operasi syarikat berkenaan yang kebanyakannya domestik, profil pendapatan defensif dan kedudukan yang kukuh untuk merebut pertumbuhan struktur dalam permintaan penjagaan kesihatan apabila penembusan insurans bertambah baik dan akses kepada penjagaan kesihatan swasta berkembang.

Sementara itu, beliau berkata, IHH Healthcare Bhd (IHH) dijangka menjadi yang paling kurang terjejas oleh perubahan dasar itu.

Menurutnya, ia berikutan Malaysia hanya menyumbang kira-kira 23 peratus dan 21 peratus daripada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan penilaian kumpulan dengan selebihnya diperoleh daripada operasi geografinya yang lebih pelbagai di seluruh Singapura, Turki, India dan Greater China.

Justeru, jelasnya, sebarang perubahan pada rangka kerja kawal selia penjagaan kesihatan swasta Malaysia tidak mungkin memberi impak yang ketara terhadap profil pendapatan keseluruhan IHH.

Video Terkini

Berita Berkaitan