BH Online
Ringkasan Berita

Kenaikan kos input pertanian berisiko jejas bekalan makanan negara

KUALA LUMPUR: Kenaikan kos input pertanian khususnya baja yang dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik global dan peningkatan harga bahan mentah import dijangka terus memberi tekanan kepada sektor pertanian negara, sekali gus berisiko menjejaskan keterjaminan bekalan makanan jika tidak ditangani secara menyeluruh.
Kenaikan kos input pertanian berisiko jejas bekalan makanan negara

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rahmah Malaysia, Zulkifli Mohamed - NSTP/AHMAD UKASYAH

KUALA LUMPUR: Kenaikan kos input pertanian khususnya baja yang dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik global dan peningkatan harga bahan mentah import dijangka terus memberi tekanan kepada sektor pertanian negara, sekali gus berisiko menjejaskan keterjaminan bekalan makanan jika tidak ditangani secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rahmah Malaysia, Zulkifli Mohamed, berkata peningkatan kos baja menyebabkan petani kecil berdepan beban pengeluaran yang semakin tinggi sehingga ada yang dijangka mengurangkan penggunaan baja bagi menjimatkan kos operasi.

"Baja adalah elemen yang sangat penting dalam pertanian. Saya tidak terkejut jika ada petani yang mengurangkan penggunaan baja kerana kenaikan harga. Tindakan itu boleh menjejaskan produktiviti tanaman, sekali gus memberi kesan kepada bekalan makanan negara memandangkan baja adalah antara input utama dalam sektor pertanian," katanya kepada BH dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ketika pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa kenaikan kos baja yang diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus dijangka memberi tekanan kepada kos pengeluaran makanan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menurutnya, kebergantungan Malaysia terhadap import bagi sekitar 63 peratus keperluan baja menjadikan sektor pertanian negara lebih terdedah kepada gangguan rantaian bekalan global.

Selain itu, kos makanan ternakan juga diunjurkan meningkat sekitar lapan peratus. Kesan ini boleh memberi tekanan kepada kos pengeluaran makanan dalam tempoh suku tahun berikutnya.

Menjelaskan jangkaan itu, Zulkifli berkata, Malaysia masih mengimport sebahagian bekalan makanan dan perlu memberi perhatian terhadap ketidaktentuan geopolitik global yang boleh memberi kesan kepada sektor pertanian dan bekalan makanan negara.

Oleh itu, beliau berpandangan bahawa isu kenaikan harga baja dilihat masih berterusan dan tidak mudah untuk distabilkan dalam tempoh terdekat susulan ketidaktentuan rantaian bekalan global.

HQ250626AU0-21 (2) (1)
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rahmah Malaysia, Zulkifli Mohamed - NSTP/AHMAD UKASYAH

Katanya, walaupun berlaku sedikit penurunan harga bahan mentah sejak kebelakangan ini, ia masih belum mencukupi untuk menstabilkan harga baja di pasaran.

Tegasnya, Malaysia yang masih bergantung kepada import bagi sebahagian bekalan makanan perlu memberi perhatian serius terhadap usaha memperkukuh keterjaminan makanan supaya tidak terlalu terdedah kepada risiko luaran.

"Sekiranya kos input pertanian terus meningkat tanpa langkah intervensi yang berkesan, kita bimbang bekalan makanan akan terjejas. Pengeluaran akan menurun kerana petani mengurangkan penggunaan input, seterusnya menjejaskan bekalan makanan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Yayasan Rahmah Malaysia memperkenalkan Program Baja Rahmah sebagai antara usaha mengurangkan tekanan kos input pertanian melalui kerjasama dengan pemain industri supaya petani dapat terus menggunakan baja pada kadar yang mencukupi dan mengekalkan produktiviti.

Melalui inisiatif itu, harga baja dijual pada harga sekitar RM79 bagi 50 kilogram (kg), berbanding harga pasaran semasa yang dianggarkan sekitar RM105 hingga RM140 bagi setiap 50kg bergantung kepada jenis dan formulasi baja.

Oleh itu, harga baja melalui Program Baja Rahmah, sekali gus memberi penjimatan ketara kepada petani kecil yang difokuskan.

Video Terkini

Berita Berkaitan