BH Online
Ringkasan Berita

TH muncul antara pemegang saham utama Focus Point

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal, Focus Point Holdings Bhd.
TH muncul antara pemegang saham utama Focus Point

Focus Point Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal, Focus Point Holdings Bhd.

Pengurus dana jemaah haji itu melepasi ambang pemegang saham utama selepas membeli 570,000 saham pada Selasa, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.05 peratus.

Pemegang saham terbesar Focus Point adalaj Sustain Focus Sdn Bhd, syarikat pegangan milik keluarga Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Liaw Choon Liang, dengan pegangan langsung sebanyak 28.46 peratus.

Ia diikuti isterinya yang juga Pengarah Eksekutif, Goh Poi Eong (12.88 peratus), Choon Liang sendiri (8.86 peratus) serta Perbadanan Nasional Bhd (8.45 peratus).

Focus Point mengendalikan rangkaian peruncitan optikal dan penjagaan mata yang menawarkan pelbagai produk cermin mata serta perkhidmatan pemeriksaan mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan