BH Online
Ringkasan Berita

Flavettes rai legasi kesihatan lebih 30 tahun menerusi kempen Merdeka 2026

KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal, Duopharma Biotech Bhd melancarkan kempen Merdeka 2026 bertemakan ‘Flavettes Setia Menemani Setiap Generasi’ dalam usaha meraikan legasi jenama kesihatan itu yang telah dipercayai rakyat Malaysia selama lebih tiga dekad.
Flavettes rai legasi kesihatan lebih 30 tahun menerusi kempen Merdeka 2026

Pengasas Kapten Batik, Ekram Faiz (kiri) bersama Wan Amir Jeffery (tengah) dan Zuraini pada majlis pelancaran kempen ‘Flavettes Setia Menemani Setiap Generasi’ di Kuala Lumpur, hari ini - NSTP/HAIDATUL ELYANI HERMAN

KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal, Duopharma Biotech Bhd melancarkan kempen Merdeka 2026 bertemakan 'Flavettes Setia Menemani Setiap Generasi' dalam usaha meraikan legasi jenama kesihatan itu yang telah dipercayai rakyat Malaysia selama lebih tiga dekad.

Kempen berkenaan turut menampilkan kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia, Watsons Malaysia dan Kapten Batik, dengan fokus menggabungkan elemen kesihatan, gaya hidup sihat, warisan serta budaya Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Duopharma Biotech, Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid, berkata selepas lebih 30 tahun berada dalam pasaran, Flavettes kini berkembang daripada sekadar produk sokongan imuniti kepada rangkaian penyelesaian kesihatan, kesejahteraan, kecantikan dan penjagaan kulit yang lebih menyeluruh.

"Perkembangan itu selari dengan aspirasi Duopharma Biotech iaitu 'Providing Smarter Solutions for a Healthier Life' menerusi portfolio produk kesihatan yang diperakui halal. Jenama ini juga berkembang dengan portfolio penyelesaian kesihatan, kesejahteraan, kecantikan dan penjagaan kulit yang lebih luas," katanya dalam majlis pelancaran kempen itu di sini, hari ini.

Menurutnya, rangkaian Flavettes kini hadir dalam pelbagai bentuk termasuk tablet effervescent, tablet kunyah dan serbuk dalam sachet bagi memenuhi gaya hidup serta pilihan pengguna moden yang semakin mementingkan pendekatan holistik terhadap kesejahteraan.

Tambahnya, kerjasama bersama Tourism Malaysia, Watsons Malaysia dan Kapten Batik sempena kempen Merdeka 2026 bertujuan meraikan gaya hidup sihat, warisan serta budaya Malaysia, selain mengukuhkan hubungan Flavettes bersama rakyat negara ini.

"Seperti bagaimana tradisi diwariskan, kami percaya tabiat hidup sihat juga perlu dipupuk dan dikongsi merentasi generasi. Perkembangan jenama itu turut dapat dilihat apabila ibu bapa yang membesar dengan pengambilan Vitamin C Flavettes kini memperkenalkan jenama berkenaan kepada anak-anak mereka," katanya.

Katanya lagi, kerjasama dengan Tourism Malaysia, Watsons Malaysia dan Captain Batik dijangka dapat meningkatkan kesedaran jenama serta penglibatan pengguna, khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Kempen seperti ini berpotensi menghasilkan peningkatan jualan dan peningkatan kesedaran jenama, tetapi yang lebih penting adalah memastikan momentum itu dapat dikekalkan secara berterusan. Kempen ini bukan bersifat sekali sahaja, sebaliknya akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Zuraini Abdul Ghani, berkata penglibatan produk tempatan seperti Flavettes dapat memberikan nilai tambah kepada pengalaman pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

"Kerjasama itu selari dengan usaha Tourism Malaysia untuk mengetengahkan identiti, budaya dan jenama tempatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

"Apabila pelancong datang ke Malaysia, mereka bukan sahaja mahu melihat destinasi pelancongan, tetapi juga merasai pengalaman bersama komuniti tempatan. Jenama tempatan seperti Flavettes dapat membantu memperkukuh pengalaman itu," katanya.

Kempen 'Flavettes Setia Menemani Setiap Generasi' akan berlangsung di Watsons seluruh negara dengan mengetengahkan rangkaian utama Flavettes termasuk Flavettes Flazz Guard Effervescent Vitamin C 1000mg, Flavettes Glow dan Flavettes MsKristal.

Sebagai sebahagian daripada usaha meraikan warisan Malaysia, Kapten Batik menghasilkan corak batik eksklusif berinspirasikan bunga dan buah-buahan yang dicetak pada beg mini kanvas edisi terhad berwarna turquoise.

Beg berkenaan boleh diperoleh secara percuma oleh pelanggan yang membuat pembelian minimum RM58 bagi mana-mana produk Flavettes di lebih 865 cawangan Watsons seluruh negara, tertakluk kepada stok sedia ada.

Selain itu, pek Flavettes Effervescent Vitamin C Glow 45s yang menampilkan pelekat kempen turut mengandungi baucar Kapten Batik bernilai RM15 yang boleh digunakan di kedai Kapten Batik dengan pembelian minimum RM100.

Kempen itu turut melibatkan aktiviti persampelan di lapan lokasi Watsons terpilih iaitu Sunway Pyramid, Berjaya Times Square, Elmina Lakeside Mall, Gurney Plaza, Paradigm Mall Johor Bahru, Kuantan Parade, Limbongan Melaka dan Suria Sabah.

Menerusi aktiviti berkenaan, pengguna boleh menukar botol Vitamin C kosong untuk mendapatkan Flavettes Flazz Guard Passion Fruit 15s secara percuma, tertakluk kepada stok.

Bahan promosi kempen itu turut dipamerkan di lokasi terpilih Tourism Malaysia termasuk KLIA 1, KLIA 2, KL Sentral, MaTiC Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong tempatan serta antarabangsa.

Video Terkini

Berita Berkaitan