KUALA LUMPUR: NONGSHIM SHIN Ramyun, jenama mi segera nombor satu Korea tampil dengan perisa baharu, Stir Fry Kimchi sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.
Perisa baharu yang kaya dengan sentuhan 'SWICY' (manis dan pedas) itu diinspirasikan daripada rasa yang kaya serta aroma menyelerakan kimchi goreng klasik Korea.
Ia menampilkan mi kenyal, sos kimchi yang kaya serta sentuhan umami yang berpanjangan, menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa manis dan pedas dalam setiap suapan.
Disahkan halal dan dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia, Stir Fry Kimchi menawarkan gabungan keaslian dan keterangkuman kepada pengguna yang ingin menikmati pengalaman rasa Korea yang unik.
Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden NONGSHIM, Antonio Jo, berkata selama 40 tahun, NONGSHIM SHIN Ramyun telah membawakan cita rasa Korea yang kaya kepada pengguna di seluruh dunia.
Justeru, katanya, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi mencerminkan perkembangan produk itu seiring trend makanan moden tanpa mengabaikan identiti pedas yang menjadi warisannya.
"Sempena sambutan ulang tahun bersejarah ini, kami kekal komited untuk terus berkongsi cita rasa asli Korea serta inovasi kulinari dengan peminat di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.
NONGSHIM SHIN Ramyun turut mencipta sejarah tahun ini sebagai jenama mi segera Korea pertama yang mencapai jualan global melebihi 20 trilion won.
Sejak diperkenalkan pada 1986, kira-kira 42.5 bilion pek NONGSHIM SHIN Ramyun telah terjual di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan legasinya sebagai ikon sebenar masakan Korea yang terus dinikmati oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.
Seiring cita rasa Korea yang terus menguasai trend makanan di media sosial di peringkat global, NONGSHIM SHIN Ramyun kekal menerajui inovasi menerusi pengenalan perisa baharu yang kaya, memenuhi cita rasa pengguna masa kini sambil mengekalkan identiti pedas ikoniknya.
Pelancaran perasa baharu itu mengukuhkan lagi komitmen jenama itu dalam memperkenalkan pengalaman baharu yang diinspirasikan daripada cita rasa Korea, sambil mengekalkan kualiti premium dan rasa kaya yang menjadi identiti SHIN Ramyun.
NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara dan turut boleh dibeli melalui NONGSHIM Official Store di TikTok Shop.
























