BH Online
Ringkasan Berita

Pos Shop tutup semua 50 cawangan di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd menutup sepenuhnya semua cawangan Pos Shop di seluruh negara berkuat kuasa hari ini, sekali gus menamatkan operasi rangkaian kedai serbaneka yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelan transformasi syarikat itu sekitar tiga tahun lalu.
Pos Shop tutup semua 50 cawangan di seluruh negara mulai hari ini

Pos Shop dilancarkan pada Mei 2023

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd menutup sepenuhnya semua cawangan Pos Shop di seluruh negara berkuat kuasa hari ini, sekali gus menamatkan operasi rangkaian kedai serbaneka yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelan transformasi syarikat itu sekitar tiga tahun lalu.

Pos Malaysia memaklumkan penutupan itu membabitkan 50 cawangan Pos Shop, sambil merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan dan kesetiaan yang diberikan sepanjang tempoh operasinya.

"Perkhidmatan pos dan bungkusan Pos Malaysia masih tersedia dan kami akan terus berkhidmat kepada pelanggan menerusi pejabat pos berdekatan, outlet ejen sah serta saluran digital," katanya dalam satu kenyataan.

Pos Shop dilancarkan pada Mei 2023 menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) sebagai konsep kedai serbaneka yang menggabungkan perkhidmatan pos dengan penjualan barangan keperluan harian, makanan dan minuman serta produk gaya hidup.

Ketika pelancarannya, Pos Malaysia menyasarkan konsep itu dapat memanfaatkan rangkaian pejabat pos sedia ada, meningkatkan pengalaman pelanggan dan mewujudkan sumber pendapatan baharu bagi syarikat.

Konsep berkenaan turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha mentransformasikan pejabat pos kepada hab komuniti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Sepanjang tempoh operasinya, rangkaian Pos Shop berkembang ke 50 cawangan di seluruh negara, dengan beberapa cawangan turut menawarkan konsep Pos Kafe.

Bagaimanapun, Pos Malaysia tidak menjelaskan secara terperinci sebab penutupan semua cawangan tersebut.

Sebaliknya, syarikat mel negara itu memberi jaminan bahawa operasi perkhidmatan terasnya, termasuk penghantaran surat dan bungkusan, akan diteruskan seperti biasa melalui rangkaian pejabat pos, ejen sah serta platform digital.

Video Terkini

Berita Berkaitan