BH Online
Ringkasan Berita

SkyWorld buka galeri jualan pertama luar negara di Vietnam

KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Bhd (SkyWorld) memperkukuh pengembangan serantau apabila membuka galeri jualan dan pejabat pertamanya di luar Malaysia di Vietnam.
SkyWorld buka galeri jualan pertama luar negara di Vietnam

Majlis perasmian galeri jualan dan pejabat SkyWorld yang terletak di 179 Ly Chinh Thang Street, Xuan Hoa War - Foto ihsan SkyWorld

KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Bhd (SkyWorld) memperkukuh pengembangan serantau apabila membuka galeri jualan dan pejabat pertamanya di luar Malaysia di Vietnam.

Kemudahan berkenaan menampilkan projek SkySOLIS, pembangunan tiga menara yang menawarkan 1,101 unit kediaman di Ho Chi Minh City.

Pembukaan galeri jualan itu turut mencerminkan komitmen SkyWorld membawa kepakaran pembangunan hartanah tempatan ke pasaran serantau menerusi penyediaan kediaman berkualiti serta komuniti mampan, selain menandakan langkah awal strategi pertumbuhan syarikat di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng, berkata SkySOLIS dibangunkan berasaskan konsep 'Healthy Home' syarikat dan memenuhi piawaian kualiti QLASSIC Malaysia.

Beliau berkata, pembangunan itu turut dilengkapi aplikasi SkyWorld Connects yang menyediakan kemudahan digital seperti pengurusan pelawat, tempahan fasiliti dan perkhidmatan komuniti.

"Melalui SkySOLIS, kami komited menyediakan kediaman berkualiti, persekitaran kehidupan lebih sihat serta penyelesaian komuniti pintar yang memberi nilai jangka panjang kepada pemilik rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Chee Seng berkata, pembukaan galeri jualan Vietnam dan pelancaran SkySOLIS merupakan antara pencapaian awal di bawah strategi jangka panjang SkyWorld 2040, yang menyasarkan peluasan operasi syarikat ke seluruh Asia Tenggara serta pembangunan komuniti mampan.

Galeri jualan dan pejabat berkenaan terletak di 179 Ly Chinh Thang Street, Xuan Hoa Ward dan berperanan sebagai hab interaksi pelanggan serta rakan strategik syarikat di pasaran berkenaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan