KUALA LUMPUR: M K Land Holdings Bhd (M K Land) diberikan Anugerah Pemerkasaan Komuniti & Pemeliharaan Alam Sekitar di bawah kategori Company of the Year (Property Developer) di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026.
Ia sebagai pengiktirafan terhadap komitmen teguh syarikat dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang memberi impak bermakna dan berkekalan kepada komuniti serta alam sekitar.
Anugerah ini mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam mengintegrasikan amalan kelestarian ke dalam operasi perniagaan menerusi tanggungjawab korporat, pemerkasaan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar.
Pengiktirafan ini turut mencerminkan pendekatan holistik M K Land dalam mencipta nilai yang melangkaui pembangunan hartanah, dengan mengimbangi kejayaan komersial bersama sumbangan bermakna kepada masyarakat, pemeliharaan alam sekitar serta kerjasama erat bersama pelbagai pihak berkepentingan.
Anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Operasi M K Land, Nazri Tumin, pada majlis penyampaian Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.
Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik & Kelestarian M K Land, Shahreen Rahim, berkata anugerah berkenaan membuktikan keyakinan M K Land bahawa pembangunan lestari bukan sekadar memenuhi matlamat perniagaan, tetapi juga mewujudkan nilai yang berkekalan kepada masyarakat, komuniti dan alam sekitar.
"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini yang mencerminkan komitmen dalam mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam setiap aspek operasi syarikat.
"Di M K Land, kami percaya pembangunan yang bertanggungjawab bukan sekadar membina rumah dan perbandaran, tetapi turut mewujudkan nilai yang bermakna kepada masyarakat sambil memelihara alam sekitar melalui tadbir urus yang bertanggungjawab serta kerjasama strategik.
"Melalui pendekatan ini, kami berhasrat membina komuniti yang mampan, memperkasa warga kerja dan memastikan manfaat yang diwujudkan hari ini terus dinikmati oleh generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menjelaskan bahawa agenda kelestarian M K Land didorong berasaskan matlamat yang jelas, bukannya sekadar pelaksanaan program semata-mata.
Setiap inisiatif yang dilaksanakan menyumbang kepada aspirasi M K Land untuk membangunkan komuniti yang lestari.
"Sama ada melalui program kemasyarakatan, inisiatif kesejahteraan pekerja mahupun kerjasama pemuliharaan alam sekitar, pendekatan kami sentiasa berteraskan impak yang bermakna. Anugerah ini adalah hasil usaha kolektif seluruh warga kerja, rakan strategik, agensi kerajaan dan komuniti yang bersama-sama menyokong perjalanan kelestarian kami.
"Seiring dengan pertumbuhan syarikat, kami akan terus memperkukuh agenda ESG dan mencipta nilai jangka panjang yang melangkaui pembangunan fizikal yang kami bangunkan," katanya.
Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026 mengiktiraf organisasi yang cemerlang dalam memperkukuh amalan ESG serta memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan mampan negara.
Bagi M K Land, pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kelestarian syarikat dan mengukuhkan komitmennya untuk terus memperkasa rangka kerja ESG, memperluaskan kerjasama strategik serta melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat berkekalan kepada semua pihak berkepentingan.
Seiring dengan perkembangan strategik perniagaannya, M K Land akan terus komited membangunkan komuniti lestari yang membolehkan masyarakat, perniagaan dan alam sekitar berkembang secara seimbang melalui pembangunan yang bertanggungjawab, penglibatan yang bermakna serta komitmen bersama ke arah masa depan yang lebih mampan.











_1784554856.jpg)












