SHAH ALAM: OSK Property secara rasmi memperkenalkan TAMU @ OSK Mori Park, iaitu fasa ketiga bagi projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Seksyen 13, Shah Alam.
Pembangunan terbaharu ini dibina di atas tapak seluas 3.85 ekar, yang merupakan sebahagian daripada pelan induk OSK Mori Park seluas 15.28 ekar.
Projek ini merangkumi 946 unit pangsapuri servis, 175 unit Signature Suites serta 21 unit runcit, termasuk sebuah premis pandu lalu (drive-thru), yang menggabungkan elemen kediaman, komersial dan kemudahan harian dalam satu pembangunan bersepadu.
Integrasi antara komponen kediaman dan komersial ini dirancang bagi menyediakan persekitaran komuniti bandar yang lengkap serta saling terhubung.
Konsep reka bentuk moden, praktikal
Projek TAMU membawakan konsep seni bina yang mendapat inspirasi daripada ciri-ciri kediaman Mediterranean.
TAMU direka dengan elemen seni bina seperti gerbang melengkung, rona semula jadi yang lembut, kemasan terracotta, tekstur organik serta landskap hijau yang mewujudkan suasana tenang, selesa dan penuh karakter.
Setiap ruang dirancang bagi menggalakkan interaksi komuniti, di samping menawarkan pengalaman kediaman yang santai dan berkualiti.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Chu Wai LuneÂ
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Chu Wai Lune menjelaskan nama "TAMU" membawa maksud yang istimewa.
Dalam Bahasa Malaysia, perkataan tamu melambangkan semangat mengalu-alukan kehadiran tetamu, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta membina komuniti yang saling berhubung.
Nama ini turut mencerminkan falsafah reka bentuk kami, Timeless Aesthetic of Mediterranean Urbanity, yang diterjemahkan melalui seni bina, landskap dan pengalaman gaya hidup yang ditawarkan," kata beliau.
"Kami mahu mewujudkan sebuah kediaman yang memberikan pengalaman seolah-olah berada di destinasi percutian setiap hari, namun pada masa yang sama kekal praktikal untuk memenuhi keperluan gaya hidup bandar masa kini," kata beliau.
Kepelbagaian rangkaian unit pada harga mampu milik
TAMU ditawarkan pada harga permulaan daripada RM250,000, menjadikannya satu akses mampu milik ke dalam pelan induk OSK Mori Park.
Unit pangsapuri servis yang disediakan mempunyai keluasan antara 550 hingga 958 kaki persegi, dengan pilihan konfigurasi daripada 1+1 bilik tidur sehingga 4 bilik tidur, termasuk pilihan unit dwi-kunci (dual-key).
Kepelbagaian susun atur ini disasarkan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah pertama, profesional muda, dan juga keluarga multigenerasi.
Tawarkan gaya hidup resort berinspirasikan Mediterranean
Berinspirasikan falsafah kehidupan Mediterranean yang menitikberatkan kesejahteraan, rekreasi dan hubungan komuniti, TAMU menawarkan 43 kemudahan gaya hidup yang direka bagi memenuhi keperluan penghuni moden
 Landskapnya dihiasi dengan pokok zaitun, kaktus hiasan, herba yang boleh dimakan serta elemen hijau berinspirasi Mediterranean, sekaligus mewujudkan suasana kediaman yang tenang dan nyaman.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk Lounger by the Pool untuk bersantai di tepi kolam, Mediterranean Courtyard dan Poolside BBQ sebagai ruang berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, selain Moonlight Pavilion, Camp Haven, Blush Meadow dan Sky Arc Terrace yang menawarkan ruang santai di kawasan terbuka.
Ruang ikonik seperti The Spanish Steps, yang diinspirasikan daripada lokasi pertemuan terkenal di rantau Mediterranean, serta The Glass House, sebuah ruang eksklusif di aras bumbung yang sesuai untuk majlis makan malam, sambutan istimewa dan acara persendirian.
Kemudahan lain merangkumi kolam renang 50 meter, Wellness Jacuzzi, gelanggang pickleball, gimnasium, studio gimnasium wanita, ruang hiburan, dewan komuniti serta Skyline Promenade. Kesemua kemudahan ini dirancang bagi memberikan pengalaman kehidupan harian yang menyerupai suasana percutian Mediterranean.
Komuniti berjalan kaki yang berhubung
OSK Mori Park dibangunkan berasaskan konsep komuniti mesra pejalan kaki, dengan reka bentuk tanpa pagar yang menghubungkan setiap komponen pembangunan menerusi rangkaian laluan pejalan kaki.
Laluan ini menghubungkan kawasan kediaman, premis perniagaan dan ruang pejabat melalui Lifestyle Retail Boulevard, yang menjadi nadi utama pembangunan.
Sebagai pusat aktiviti komuniti, Lifestyle Retail Boulevard bakal menempatkan pelbagai kemudahan harian seperti kafe, restoran, kedai serbaneka, perkhidmatan gaya hidup, pusat kesihatan dan keperluan kejiranan.
Konsep ini membolehkan penghuni menikmati pengalaman Live, Dine, Shop & Connect dalam satu destinasi bersepadu tanpa perlu bergantung kepada perjalanan yang jauh.
Signature Suites dengan fleksibiliti lebih tinggi
Selain pangsapuri servis, TAMU turut menawarkan Signature Suites berkeluasan antara 550 hingga 926 kaki persegi, direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dan kegunaan perniagaan.
Ruang yang fleksibel ini sesuai untuk usahawan, pemilik perniagaan kecil, pelabur serta pembeli yang mahukan ruang yang lebih versatil dalam persekitaran bandar yang saling berhubung.
Signature Suites turut dilengkapi dengan lobi komersial khusus bagi memberikan privasi dan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna.
Selain itu, unit-unit terpilih menawarkan akses parkir di hadapan pintu unit (door-front car park), satu ciri unik yang lazimnya hanya terdapat pada kediaman bertanah, membolehkan penghuni menikmati akses yang lebih mudah dan praktikal terus ke unit masing-masing.
TAMU teruskan momentum pertumbuhan OSK Mori Park
OSK Mori Park memulakan pembangunan fasa pertamanya menerusi pelancaran ALIA pada Julai 2024 yang kini mencapai 98 peratus jualan, diikuti BAYU, fasa kedua yang mencatatkan 75 peratus kadar pengambilan selepas diperkenalkan pada Mei 2025.
Berikutan sambutan menggalakkan terhadap kedua-dua fasa tersebut, TAMU meneruskan momentum itu dengan memperkenalkan konsep kediaman yang diinspirasikan daripada keindahan dan kehangatan gaya hidup Mediterranean.
Menurut Chu, TAMU merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan OSK Mori Park yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup, pekerjaan dan cara hidup masyarakat masa kini.
"Dengan susun atur yang praktikal, harga permulaan yang mampu dimiliki serta ruang fleksibel yang menyokong keperluan kediaman dan perniagaan, TAMU direka untuk memenuhi aspirasi golongan profesional muda, keluarga yang sedang berkembang, usahawan serta pelabur," kata beliau.
Kedudukan strategik
Shah Alam kini memasuki fasa pertumbuhan baharu, didorong oleh beberapa pemangkin utama termasuk pembukaan rasmi laluan LRT3 pada 29 Jun 2026, pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam, penaiktarafan infrastruktur, usaha pembaharuan bandar serta perkembangan berterusan komponen komersial dan gaya hidup di kawasan sekitarnya.Â
Perkembangan ini dijangka terus meningkatkan daya tarikan Seksyen 13 sebagai lokasi kediaman dan pelaburan, sekali mengukuhkan permintaan terhadap kediaman berkualiti di sebuah bandar yang matang dan mempunyai jaringan perhubungan yang baik.
Projek ini juga mempunyai akses terus ke Jalan Subang serta dihubungkan melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, NKVE, KESAS, GCE, ELITE dan LKSA.Â
Kemudahan sedia ada di sekitarnya termasuk Pusat Perubatan MSU, Giant Hypermarket, AEON Mall Shah Alam dan Management & Science University (MSU).
Menurut Chu Wai Lune, permintaan hartanah di Seksyen 13 dijangka terus meningkat didorong pemangkin ekonomi tempatan termasuk pembukaan laluan LRT3 dan pelan pembangunan semula presint Kompleks Sukan Shah Alam.
Projek TAMU ini dijadualkan siap sepenuhnya pada separuh kedua tahun 2030.
Sesi pratonton eksklusif
Gambaran bagi TAMU @ OSK Mori Park, fasa ketiga bagi pembangunan berorientasikan transit (TOD) terancang di Seksyen 13, Shah Alam.
Bersempena Pratonton Eksklusif TAMU, OSK Property turut memperkenalkan Citrus Harvest Campaign, yang diinspirasikan daripada kebun sitrus di rantau Mediterranean.
Pembeli yang menempah unit berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk peralatan elektrik Samsung, sekali gus memulakan perjalanan gaya hidup Mediterranean mereka dengan pengalaman yang lebih bermakna.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari moripark.com.my atau menghubungi talian 018-3838 586.























