BH Online
Ringkasan Berita

'Press & Pan' eratkan hubungan NexG dan media

PETALING JAYA: NexG Berhad memperkukuh hubungan dengan rakan media menerusi penganjuran Program Libat Urus Media ‘Press & Pan’, menghimpunkan wakil media dan kakitangannya dalam pertandingan memasak bagi mengeratkan kerjasama serta hubungan profesional.
'Press & Pan' eratkan hubungan NexG dan media

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Strategik NexG, Safia Hanifah (tiga dari kiri) bersama peserta Program Libat Urus Media ‘Press & Pan’, yang menghimpunkan wakil media dan kakitangannya dalam pertandingan memasak.

PETALING JAYA: NexG Berhad memperkukuh hubungan dengan rakan media menerusi penganjuran Program Libat Urus Media 'Press & Pan', menghimpunkan wakil media dan kakitangannya dalam pertandingan memasak bagi mengeratkan kerjasama serta hubungan profesional.

Pada program itu, kumpulan Berita Harian (BH) bersama dua kakitangan NexG memenangi tempat pertama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Strategik NexG, Safia Hanifah, berkata program itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada rakan media atas sokongan dan kerjasama berterusan sepanjang perjalanan korporat syarikat.

"Program hari ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan hubungan baik yang telah dibina bersama selama ini.

"Kami amat menghargai kesudian rakan media meluangkan masa untuk bersama kami," katanya.

Terdahulu, program berlangsung di TCH Foodworks Sdn Bhd, Menara Symphony, di sini, semalam turut disertai wakil Dagang News dan Sin Chew Daily, bersama 18 kakitangan NexG.

Katanya, syarikat penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi itu sentiasa menghargai hubungan erat yang terjalin dengan media melalui pelbagai pengumuman korporat, pelancaran produk, sesi temu bual dan pencapaian penting syarikat.

"Media memainkan peranan penting dalam membantu syarikat menyampaikan maklumat mengenai inovasi, inisiatif kelestarian dan perkembangan NexG kepada masyarakat secara tepat serta bertanggungjawab," katanya

Safia berkata konsep 'Press & Pan' dipilih bagi mewujudkan suasana lebih santai, sekali gus menggalakkan interaksi, perkongsian idea dan pengalaman antara pengamal media dengan kakitangan syarikat.

"Kami harap program ini akan menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang dapat mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara NexG dan komuniti media pada masa hadapan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan