BH Online
Ringkasan Berita

Projek ladang halia, rockmelon, bawang Merlimau jadi model pembangunan tanah terbiar

JASIN: Projek pembangunan ladang halia, “rockmelon” dan bawang di Merlimau Pantai yang dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan berjaya mengubah tanah kerajaan yang terbiar menjadi kawasan pertanian produktif.
Projek ladang halia, rockmelon, bawang Merlimau jadi model pembangunan tanah terbiar

Projek pembangunan ladang halia, rockmelon dan bawang di Merlimau Pantai. Foto FB Ab Rauf Yusoh

JASIN: Projek pembangunan ladang halia, "rockmelon" dan bawang di Merlimau Pantai yang dilaksanakan menerusi kerjasama kerajaan negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan berjaya mengubah tanah kerajaan yang terbiar menjadi kawasan pertanian produktif.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata peruntukan RM3 juta di bawah inisiatif Keterjaminan Makanan itu bukan sahaja meningkatkan pengeluaran makanan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, malah memanfaatkan tanah kerajaan yang sebelum ini terbiar dan dipenuhi semak-samun.

Beliau berkata, peruntukan itu digunakan bagi kerja awal pembersihan tapak, penyediaan infrastruktur sokongan serta fasa penanaman hingga projek pertanian itu mula mengeluarkan hasil.

"Ini adalah antara contoh tanah kerajaan yang terbiar yang kita bangunkan menjadi ladang halia, ladang rockmelon dan ladang bawang, Alhamdulillah projek ini telah membuahkan hasil.

"Model ini telah berjaya dilaksanakan dan kita bercadang memperluaskan ke kawasan lain yang mempunyai tanah kerajaan terbiar," katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata, projek itu dilaksanakan menerusi konsep "anchor", dengan syarikat peneraju melatih serta menggaji kira-kira 15 penduduk kampung sebagai petani bagi mengusahakan tanaman berkenaan.

Beliau berkata, setiap peserta turut diberikan lot tanaman untuk diusahakan sendiri, dengan hasilnya boleh dijual terus ke pasaran sekali gus membantu meningkatkan pendapatan mereka.

"Kejayaan projek perintis itu akan dijadikan model untuk diperluaskan ke kawasan lain yang mempunyai tanah kerajaan terbiar bagi meningkatkan pengeluaran makanan serta menjana pendapatan penduduk setempat," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan