BH Online
Ringkasan Berita

Aminuddin 'poster boy' PH di N Sembilan - Loke

KUALA PILAH: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menamakan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai ‘poster boy’ Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Aminuddin 'poster boy' PH di N Sembilan - Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menamakan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai 'poster boy' Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Loke berkata, walaupun di peringkat Persekutuan beliau adalah seorang menteri, di Negeri Sembilan, Pengerusi PH Negeri Sembilan itu adalah ketuanya.

"Di Negeri Sembilan 'poster boy' kita adalah jelas. Calon Menteri Besar hanya ada seorang, panglima perang kita hanya ada seorang iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Walaupun di peringkat Persekutuan saya adalah menteri, tapi di Negeri Sembilan bos saya ialah Tok Min (Aminuddin). Saya akan sokong beliau sebagai calon (menteri besar)," katanya.

ANTHONY LOKE loke wan toke_70975f3bca2c482aa1ee5982c27548d6
Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Foto BERNAMA

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan di sini, malam tadi, yang disempurnakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Loke, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Aminuddin menunjukkan rekod yang baik sejak PH menerajui Negeri Sembilan pada 2018.

Hormat institusi adat N Sembilan

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu mengingatkan semua penyokong PH supaya menghormati institusi adat dan Raja Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen.

"Saya juga nak menegaskan DAP sentiasa menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berperlembagaan dan rukun negara," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan