BH Online
Ringkasan Berita

Sama ada KJ jadi calon atau tidak, tunggu minggu depan

JELEBU: Sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ), tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Negeri Ke 15 (PRN15) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, akandi ketahui minggu depan.
Sama ada KJ jadi calon atau tidak, tunggu minggu depan

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ketika berucap di Balai Raya Kampung Orang Asli Baner Tengkoh sempena Program Jelajah Santuni Kampung Orang Asli Parlimen Jelebu peringkat DUN Klawang. - Foto NSTP

JELEBU: Sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ), tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Negeri Ke 15 (PRN15) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, akandi ketahui minggu depan.

Itulah jawapan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalauddin Alias, ketika diajukan soalan itu.

"Tunggulah, kita tengoklah nanti sama ada beliau disenaraikan sebagai calon atau tidak," kata sambil menjelaskan senarai calon dalam proses akhir untuk dimuktamadkan dan pengumuman calon BN dijangka diadakan pada Rabu depan.

Jalaluddin berkata senarai nama yang sudah disenarai pendek dan layak menjadi calon, ada kekuatan dan kelebihan masing-masing, namun nantikan pengumuman rasmi dibuat.

"Kita tunggulah sama ada beliau (KJ) disenaraikan atau tidak, jadi jangan buat spekulasi.

"Senarai pendek nama calon sudah ada , hanya perlu dimuktamadkan sahaja," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Santuni Kampung Orang Asli Parlimen Jelebu Peringkat DUN Pertang di Kampung Orang Asli Baner Tengkoh di sini, hari ini.

Jalaluddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN Negeri, berkata turut akan dimuktamadkan dalam masa terdekat adalah pembahagian kerusi dalam kalangan parti kompenen BN.

Katanya, status 14 ADUN BN yang sebelum ini menang dikerusi DUN masing-masing sama kekal, bertukar atau digugurkan juga akan diketahui dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai kedudukan beliau sama ada kekal di DUN Pertang , Jalaluddin berkata sekiranya diminta kekal di DUN Pertang beliau akan akur.

Namun, sekiranya mendapat kebenaran bertanding di DUN Klawang beliau akan bertanding di Klawang atau mana saja tempat yang diarahkan.

"Semuanya ini bergantung kepada keputusan dan kebenaran daripada Presiden UMNO sendiri yang mahu kita bertanding di mana," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan