BH Online
Ringkasan Berita

PRN JOHOR: Zahid hargai PAS nasihat pengundi pilih BN di DUN tiada calon PN

BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) menyambut baik saranan pemimpin PAS supaya pengundi dan penyokongnya mengundi calon BN di DUN yang tidak ditandingi parti itu.
PRN JOHOR: Zahid hargai PAS nasihat pengundi pilih BN di DUN tiada calon PN

Zahid berucap pada majlis pelancaran jentera BN Bahagian Sri Gading sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah, hari ini. - Foto BERNAMA

BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) menyambut baik saranan pemimpin PAS supaya pengundi dan penyokongnya mengundi calon BN di DUN yang tidak ditandingi parti itu.

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau dan kepimpinan menghargai sokongan itu dan mahu diterjemahkan kepada semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi BN.

"Ya bagus kalau itu (sokongan) diberikan kepada calon kita bertanding dalam PRN ini dan kita hargai sokongan tapi jangan hanya sekadar menanam tebu di bibir," katanya mengulas saranan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man agar penyokong dan pengundi mengundi calon BN bagi kerusi yang tidak ditandingi parti itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan Jentera BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani dan DUN Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim sebelum ini berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan diberikan kepada BN di kawasan yang tidak mempunyai calon daripada gabungan berkenaan.

Pada PRN ini, PN bertanding di 33 kerusi dengan 16 daripadanya BERSATU, PAS (11), MIPP (5) dan Pejuang (1).

Video Terkini

Berita Berkaitan