SUBANG JAYA: Taylor's University telah diiktiraf di kedudukan ke-272 dunia dalam QS World University Rankings 2027, sekali gus meletakkannya dalam kelompok 1 peratus universiti terbaik di dunia.
Pencapaian itu sekali gus meletakkan universiti berkenaan dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia serta mengukuhkan statusnya sebagai universiti swasta bukan berkaitan kerajaan (non-GLC) terkemuka di Asia Tenggara.
Kedudukan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Taylor's University dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang bukan sahaja relevan dengan keperluan semasa, malah memenuhi tuntutan masa depan.
Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengubah landskap pekerjaan dan industri turut mendorong universiti itu memperkukuh pendekatan pembelajaran bagi memastikan graduannya lebih bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.
Pendekatan pembelajaran lebih fleksibel
Antara inisiatif utama yang menyokong usaha berkenaan ialah kerangka pembelajaran Hybrid Flexible (HyFlex) yang menggabungkan pembelajaran secara fizikal, maya dan kendiri dalam satu pengalaman pembelajaran yang saling melengkapi.
Pendekatan itu memanfaatkan teknologi bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran, meningkatkan penglibatan pelajar serta memperluaskan pengalaman pembelajaran melangkaui bilik kuliah.
Teknologi AI juga dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan melalui pendekatan berteraskan insan bagi menyokong pengalaman pembelajaran yang lebih diperibadikan dan berkesan.
Lengkapkan graduan dengan kemahiran masa depan
Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Profesor Barry Winn berkata pencapaian graduan membuktikan keupayaan mereka untuk belajar, menyesuaikan diri dan mencipta nilai dalam dunia yang sentiasa berubah.
Beliau berkata, Taylor's University komited menyediakan pendidikan berteraskan insan dan diperkasakan oleh teknologi AI melalui gabungan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan dan berkait rapat dengan aplikasi dunia sebenar.
"Kami berusaha melahirkan graduan yang memiliki sifat ingin tahu, ketangkasan serta keupayaan insaniah yang diperlukan untuk berkembang maju dalam era baharu ini," katanya.
Pencapaian ini menunjukkan komitmen universiti dalam mengubah pengalaman pembelajaran agar kekal relevan dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, melalui pendekatan yang menggabungkan pembelajaran diperibadikan, teknologi digital dan pengalaman dunia sebenar.
Taylor's University akan terus komited dalam melahirkan graduan yang memiliki pemikiran kritis, kebolehsuaian, kreativiti dan keupayaan untuk berkembang maju dalam masa depan yang sentiasa berubah.
Untuk rekod, Taylor's University turut berada di kedudukan ke-27 Asia dalam QS Asia University Rankings 2026 serta mempunyai rangkaian lebih 100,000 alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang di peringkat global.
Maklumat lanjut berhubung Taylor's University termasuk program pengajian yang ditawarkan boleh diperoleh melalui laman sesawang rasminya.























