BH Online
Ringkasan Berita

Tingkatan 6 kekal di bawah KPM, status prauniversiti diperkasa

PUTRAJAYA: Sistem pendidikan Tingkatan Enam akan kekal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, dengan memperkasakan identitinya sebagai program prauniversiti yang berasingan daripada aliran sekolah menengah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tingkatan 6 kekal di bawah KPM, status prauniversiti diperkasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sistem pendidikan Tingkatan Enam akan kekal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini, dengan memperkasakan identitinya sebagai program prauniversiti yang berasingan daripada aliran sekolah menengah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pelaksanaan semasa, khususnya membabitkan sistem pengurusan dan skim perkhidmatan guru, walaupun sebelum ini terdapat cadangan untuk meletakkan Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Buat sementara ini biar kekal dahulu di Kementerian Pendidikan kerana masalah sistem guru dan sebagainya. Kita boleh kaji semula selepas pelaksanaan untuk beberapa tahun akan datang.

"Kalau dirasakan perlu dalam keadaan yang sesuai, boleh diwujudkan kolej khas Tingkatan Enam, tetapi buat masa sekarang saya putuskan supaya prauniversiti Tingkatan Enam ini masih di bawah Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Video Terkini

Berita Berkaitan