BH Online
Ringkasan Berita

'BN, PN tak gaduh, berbeza pendapat pun tidak'

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyangkal dakwaan wujud perselisihan faham antara gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.
'BN, PN tak gaduh, berbeza pendapat pun tidak'

Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program Himpunan Usahawan Negeri Sembilan di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan hari ini. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyangkal dakwaan wujud perselisihan faham antara gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Beliau menegaskan, kedua-dua gabungan kekal bergerak seiring atas dasar persefahaman manakala perbezaan pandangan yang timbul sebelum ini hanya disebabkan oleh perbezaan situasi geopolitik mengikut negeri.

Justeru, katanya, ia tidak boleh dianggap penanda kepada keretakan hubungan kedua-dua gabungan berkenaan.

"Kami ingin menyatakan bahawa tidak ada sebarang pergaduhan, perbezaan pendapat pun tidak.

"Kami bergerak seiring atas nama kesefahaman dan kenyataan (mengenai pergaduhan) itu sudah saya sanggah kerana tidak sesuai dikeluarkan.

"Mungkin apa yang dinyatakan itu sesuai untuk negerinya, tetapi tidak sesuai di Negeri Sembilan. Jadi ini bukan satu pergaduhan, tetapi sesuatu yang pada hemat saya tidak seharusnya berlaku.

"Kalau bab salah, jangan salahkan media. Media melaporkan apa yang dinyatakan, setakat ini liputan media bagus jadi jangan salahkan media dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang Timbalan Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas kenyataan pimpinan AMANAH dan BERSATU yang mendakwa persefahaman antara BN dan PN gagal direalisasikan berikutan wujud pergaduhan antara kedua-dua pihak.

Video Terkini

Berita Berkaitan