BH Online
Ringkasan Berita

Imigresen siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam

KLANG: Jabatan Imigresen (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan diambil awal April lalu.
Imigresen siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban. - Foto NSTP

KLANG: Jabatan Imigresen (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan diambil awal April lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi bersepadu membabitkan agensi berkaitan akan dijalankan sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu adalah benar.

"Kita perlu buat siasatan dan pastikan apa yang tular itu betul ataupun tidak dan sebagainya, baru kita boleh ambil tindakan, jadi perkampungan itu di bawah siasatan kita dan bidang kuasa juga kita kena lihat juga.

"… contohnya kesalahannya mendirikan rumah di kawasan tertentu itu di luar bidang kuasa JIM. Apa yang kita lihat mungkin kita akan buat operasi secara bersepadu bersama agensi lain (seperti) Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Tanah dan Daerah, semua itu kita akan ambil kira," katanya.

Zakaria berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Taman Perindustrian, Kapar Bestari, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan ratusan penempatan haram yang dipercayai didiami ribuan warga asing terus wujud di kawasan pinggir bandar Shah Alam meskipun pelbagai siri serbuan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.

Laporan berkenaan turut memetik tinjauan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman mendapati terdapat penempatan haram dibina di kawasan ladang kelapa sawit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan