BH Online
Ringkasan Berita

'Kalau tak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa'

TAMPIN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini akan membuat kata putus untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum.
'Kalau tak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa'

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beramah mesra bersama anggota tentera ketika hadir ke Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

TAMPIN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini akan membuat kata putus untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum.

Perdana Menteri turut menyerahkan kepada orang ramai untuk membaca laporan RCI TH itu sekiranya ia didedahkan.

"Kalau tak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa. Kalau dihukum masuk penjara, masuk penjara. Itu bukan urusan saya.

"Sistem kita menetapkan siasatan itu (dibuat oleh) badan siasatan, buat pertuduhan itu (oleh) Peguam Negara, hukum (dibuat) para hakim," katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong hasrat Anwar mendedahkan laporan berkenaan kepada umum.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut berharap agar laporan itu dinyahkan daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan, beliau sebagai Perdana Menteri juga harus jujur dalam perkara dilakukan serta segala proses yang dilaksanakan itu perlu mengikut proses Perlembagaan dan peraturan ditetapkan.

"Saya singgung (sentuh) hal (RCI TH) ini kerana negara bagi saya tidak mungkin pertahan keamanannya kalau orang diamanahkan itu mengkhianati amanah," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan