BH Online
Ringkasan Berita

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri hingga 1 tengah hari ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.
Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri hingga 1 tengah hari ini

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Selangor membabitkan Sabak Bernam dan Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak membabitkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, cuaca sama diramal membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat).

Selain itu, cuaca sama dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

– BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan