BH Online
Ringkasan Berita

Mangsa banjir di Johor meningkat 125 orang, satu lagi PPS dibuka

MUAR: Mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, dekat sini malam meningkat lebih lima kali ganda dengan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.
Mangsa banjir di Johor meningkat 125 orang, satu lagi PPS dibuka

Selamat (dua dari kanan) melawat mangsa banjir di PPS SK Parit Bulat dan SK Orang Kaya Ali. - Foto FB Selamat Takim

MUAR: Mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, dekat sini malam meningkat lebih lima kali ganda dengan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan setakat jam 11.30 malam, 125 mangsa daripada 33 keluarga sudah dipindahkan.

Menurutnya, seramai 84 mangsa daripada 25 keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat, manakala 44 lagi mangsa daripada lapan keluarga di SK Orang Kaya Ali.

"Tiga bayi juga dipindahkan di kedua-dua PPS," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim berkata semua mangsa banjir membabitkan penduduk Kampung Parit Bulat Darat, Parit Pecah, Seri Menanti dan Sungai Pulai serta Sungai Gersik.

"Semua mangsa mendapat tempat berlindung selesa di setiap kubikal disediakan. Mereka dibekalkan kit keperluan diri dan makanan untuk setiap keluarga.

"Pada masa sama, kita menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap keluarga bagi meringankan sedikit perbelanjaan mereka," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau mengiringi EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hasrunizah Hassan dan EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Md Israk Abdullah melawat kedua-dua PPS terbabit.

Video Terkini

Berita Berkaitan