BH Online
Ringkasan Berita

PRNNS: Memang hasil negeri bertambah, tapi jangan lupa (peranan) 'share partner you' - Jalaluddin

SEREMBAN: Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak menafikan nilai pelaburan dan hasil yang tinggi ketika ini dicapai sejak 2023 iaitu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disusuli pembentukan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.
PRNNS: Memang hasil negeri bertambah, tapi jangan lupa (peranan) 'share partner you' - Jalaluddin

Datuk Seri Jalaluddin Alias. - NSTP/ Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak menafikan nilai pelaburan dan hasil yang tinggi ketika ini dicapai sejak 2023 iaitu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disusuli pembentukan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, pertambahan hasil negeri menunjukkan perkembangan positif dan agak tinggi apabila berlaku peratusan pertambahan mulai tempoh berkenaan sehingga kini.

Bagaimanapun, tegas perkembangan positif itu bukanlah usaha Pakatan Harapan (PH) semata-mata, sebaliknya turut dibantu peranan wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN).

"Jangan lupa 'share partner you' (rakan kongsi anda) yang mana BN mempunyai 14 kerusi (Dewan Undangan Negeri), iaitu pemegang saham terbesar.

"Kita jaga kestabilan, pastikan urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak huru-hara waktu itu... maka kita dapat menarik sedikit sebanyak pelabur.

"Peranan yang saya mainkan juga tidak kecil mewakili BN dalam menarik pelabur dan menambah hasil negeri.

"Saya jelaskan mengenai pembayaran premium dan beberapa perkara yang kita angkat ke peringkat Persekutuan untuk dilaksanakan.

"Jadi, kalau dikatakan kita (BN) terliur memandang hasil negeri yang banyak sedangkan BN berpengalaman menguruskan negara dan negeri, kita tidak pernah jadikan asas hasil itu sebagai antara faktor kita ambil alih kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program 'Nogori Beradat, Kito Sepakat' di Pusat Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional (PN) Lavender Heights Senawang, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa.

Jalaluddin berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Negeri Sembilan baru-baru bahawa salah satu faktor BN ingin ambil alih kerajaan negeri adalah kerana kedudukan hasil negeri yang tinggi ketika ini.

Jalaluddin yang akan mempertahankan kerusi DUN Pertang pada PRN Negeri Sembilan ini, menyifatkan ia tuduhan tidak berasas.

"Lari sangat tuduhan itu," katanya yang juga bekas EXCO Kanan Kerajaan negeri.

Video Terkini

Berita Berkaitan