KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai berita popular yang disiarkan Berita Harian hari ini.
1. Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta keluarga mereka yang terbabit dalam pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, supaya terus memberi kepercayaan kepada calon Pakatan harapan (PH).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593611/anwar-rayu-tentera-polis-terus-beri-kepercayaan-kepada-calon-ph
2. Pesanan terakhir Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR: Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara hari ini mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya terus menjadikan integriti dan profesionalisme sebagai prinsip dan teras utama dalam melaksanakan tugas.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593609/pesanan-terakhir-ayob-khan-sebagai-timbalan-ketua-polis-negara
3. Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi foto pra perkahwinan
KUALA LUMPUR: Pasangan popular kesayangan BASS, iaitu Bella Astillah, 32, dan Syed Saddiq Abdul Rahman, 34, menarik perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik foto berkonsep busana perkahwinan yang turut disifatkan netizen sebagai pra perkahwinan mereka.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/07/1593519/bella-astillah-syed-saddiq-kongsi-foto-pra-perkahwinan
4. Peras ugut warga Vanuatu RM2 juta, 12 pegawai, anggota polis ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593554/peras-ugut-warga-vanuatu-rm2-juta-12-pegawai-anggota-polis-ditahan
5. Pekebun jumpa rangka manusia dalam guni reput
KANGAR: Seorang lelaki tergamam menemui bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ketika melakukan kerja meracun di sebuah kebun berhadapan sebuah kilang beras di di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/07/1593600/pekebun-jumpa-rangka-manusia-dalam-guni-reput
6. Sepang jadi tuan rumah F1, kos ditanggung Bahrain
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) bagi pihak Grand Prix Bahrain pada Oktober ini, menurut sumber kepada ESPN.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/07/1593401/sepang-jadi-tuan-rumah-f1-kos-ditanggung-bahrain
























