BH Online
Ringkasan Berita

Banjir di Muar: PPS pertama dibuka tempatkan 28 mangsa

MUAR: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 28 mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat, Sungai Balang dekat sini, petang tadi.
Banjir di Muar: PPS pertama dibuka tempatkan 28 mangsa

Keadaan banjir di Sungai Balang, Muar selepas hujan lebat sejak semalam. - Foto ihsan FB Selamat Takim

MUAR: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 28 mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat, Sungai Balang dekat sini, petang tadi.

Mangsa sembilan keluarga yang dipindahkan dari Parit Bulat dan Kampung Sri Menanti, dengan PPS dibuka jam 2 petang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim berkata pemindahan itu terpaksa dilakukan susulan hujan lebat sejak semalam.

"Pagi tadi belum ada PPS dibuka, namun air di kawasan terbabit mula naik. Walaupun tiada hujan, disebabkan air dari darat turun lalu menenggelamkan kawasan rumah di kedua-dua kampung terbabit.

"Keadaan cuaca mendung dan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku hujan sehari dua ini," katanya.

Dalam pada itu, paras Sungai Sarang Buaya di Muar merekodkan bacaan 2.12 meter melepasi paras amaran petang ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan