BH Online
Ringkasan Berita

Bantuan SARA benar-benar bermanfaat, bantu ringan beban rakyat

PORT DICKSON: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan Kerajaan MADANI bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas disifatkan sebagai inisiatif yang benar-benar bermanfaat dan sangat membantu rakyat.
Bantuan SARA benar-benar bermanfaat, bantu ringan beban rakyat

Penerima bantuan SARA, Mohamad Abdullah (kiri) dan Kwong Wah. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

PORT DICKSON: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan Kerajaan MADANI bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas disifatkan sebagai inisiatif yang benar-benar bermanfaat dan sangat membantu rakyat.

Bagi penerima bantuan bersasar disalurkan secara terus kepada penerima yang layak dan boleh digunakan di pasar raya serta kedai runcit yang mengambil bahagian, bantuan berkenaan sememangnya sangat ditunggu-tunggu mereka.

Pembantu kedai, Mohamad Abdullah, 40, berkata bantuan diterimanya sejak 2023 itu amat membantu kehidupannya sekeluarga, sekali gus berharap ia dikekalkan dan kadar bantuan dapat ditambah.

"Bantuan ini harus dikekalkan kerana ia benar-benar membantu rakyat seperti saya yang hanya bekerja pembantu kedai, sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat kurang berkemampuan," katanya.

Beliau antara penerima yang ditemui pada program penyerahan bantuan SARA di sebuah kedai runcit di Linggi, dekat sini hari ini, selain bekas pemandu lori, Kwong Wah, 54, yang sangat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif berkenaan.

SARAS
Penerima bantuan SARA, Mohamad Abdullah (kiri) dan Kwong Wah. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

"Terima kasih kepada kerajaan yang membantu rakyat kurang berkemampuan. Bantuan ini akan digunakan untuk beli barangan seperti beras, telur, susu, sardin dan pelbagai keperluan dapur," kata Kwong Wah.

Seorang lagi penduduk, Siti Norliza Saryumin, 60, berkata bantuan diterimanya adalah untuk kegunaan keluarga dan turut berharap kadarnya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan kenaikan kos sara hidup.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan menaikkan kadar SARA dalam tempoh terdekat dan memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan jika ekonomi negara mengizinkan.

Video Terkini

Berita Berkaitan