BH Online
Ringkasan Berita

Peras ugut warga Vanuatu RM2 juta, 12 polis ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 anggota polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta.
Peras ugut warga Vanuatu RM2 juta, 12 polis ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 anggota polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta.

Menurut sumber, lelaki itu hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).

"Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Susulan itu difahamkan seramai 12 anggota polis termasuk yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan Asisten Superintendan (ASP) ditahan untuk membantu siasatan," kata sumber itu.

Difahamkan, kumpulan anggota polis terbabit memeras ugut mangsa dengan menuntut RM2 juta.

"Mangsa sudah membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

"Polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Video Terkini

Berita Berkaitan