BH Online
Ringkasan Berita

Ayob Khan akhiri perkhidmatan 35 tahun bersama PDRM, jawatannya kini dipangku Pengarah Cawangan Khas

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menamatkan kerjayanya dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selepas 35 tahun menabur bakti.
Ayob Khan akhiri perkhidmatan 35 tahun bersama PDRM, jawatannya kini dipangku Pengarah Cawangan Khas

Mohd Khalid (tengah) menyaksikan Ayob Khan (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Ibrahim pada majlis di PULAPOL, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menamatkan kerjayanya dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selepas 35 tahun menabur bakti.

Susulan itu, jawatan yang disandangnya akan dipangku oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Ibrahim Darus.

Majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara itu diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Turut diadakan adalah majlis serah terima tugas Naib Pengerusi PERKEP Malaysia antara Puan Sri Zaleha Mohd Ariffin dan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas, Puan Sri Zanilatun Kamariah Zakaria selaku pemangku.

Video Terkini

Berita Berkaitan