BH Online
Ringkasan Berita

PRNNS: 'Agenda apa yang tergendala?' soal Aminuddin

PORT DICKSON: Datuk Seri Aminuddin Harun membidas kenyataan pimpinan parti lawan yang mendakwa mahu meneruskan ‘agenda pembangunan yang tergendala’ di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
PRNNS: 'Agenda apa yang tergendala?' soal Aminuddin

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan) menjawab pertanyaan wartawan ketika berkempen di Pekan Linggi, semalam. - foto BERNAMA

PORT DICKSON: Datuk Seri Aminuddin Harun membidas kenyataan pimpinan parti lawan yang mendakwa mahu meneruskan 'agenda pembangunan yang tergendala' di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau mencabar pihak berkenaan membuktikan secara fakta agenda yang dimaksudkan sepanjang lima tahun PH menerajui Negeri Sembilan.

"Apa yang tergendala? Kalau mereka (pihak lawan) sendiri 'copy-paste' apa yang PH lakukan, maknanya perkara itu telah dilaksanakan.

"Ceritalah pasal agenda tertinggal, tapi apa dia? Buktikan, tuliskan. Sampai hari ini mereka tidak tunjukkan apa yang tertinggal," katanya ditemui selepas sesi ziarah rumah ke rumah di Bandar Baru Sunggala, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa BN tidak meniru manifesto PH, sebaliknya mahu meneruskan agenda pembangunan yang tergendala.

Dalam pada itu, Aminuddin menyifatkan hubungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai 'drama politik' demi kepentingan meraih undi yang mengelirukan rakyat.

"Semua orang tahu mereka seolah-olah tidak ada persamaan tapi dalam masa yang sama mereka giat berjumpa sebelum ini, giat bekerjasama yang akhirnya memberi 11 kerusi kepada PN untuk bertanding," katanya.

DUN Linggi menyaksikan saingan tiga penjuru antara Aminuddin; penyandang kerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli; dan calon BERSATU Datuk Zamri Md Said.

Video Terkini

Berita Berkaitan