BH Online
Ringkasan Berita

PRNNS: 'Saya orang sini, saya akan selalu ada untuk rakyat DUN Chennah' – Kong Choon

JELEBU: Dalam setiap keadaan, penduduk setempat sentiasa mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kerap turun padang, mudah ditemui dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap kebajikan mereka.
PRNNS: 'Saya orang sini, saya akan selalu ada untuk rakyat DUN Chennah' – Kong Choon

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermesra dengan penduduk Kampung Tohor, kelmarin. Turut hadir Calon BN DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan calon Chennah, Siow Kong Choon. - foto BERNAMA

JELEBU: Dalam setiap keadaan, penduduk setempat sentiasa mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kerap turun padang, mudah ditemui dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap kebajikan mereka.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Siow Kong Choon, berkata sentimen itu banyak diluahkan masyarakat setempat sepanjang kempennya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini.

Ketua Pemuda MCA negeri itu berkata, kedudukannya sebagai anak jati tempatan memberi kelebihan dalam memahami aspirasi dan denyut nadi masyarakat setempat.

"Maklum balas yang diterima sepanjang seminggu kempen menunjukkan pengundi di kawasan ini mahukan kepimpinan yang lebih mesra rakyat dan sentiasa bersedia membantu apabila penduduk berdepan masalah.

"Banyak kata-kata semangat, sokongan dan keyakinan yang kita terima selepas seminggu menyantuni rakyat di DUN Chennah.

"Ini menjadi dorongan utama untuk kita terus berjuang hingga hari pengundian 1 Ogos ini.

"Sepanjang kempen ini, rakyat memberi mesej yang sangat jelas bahawa mereka mahukan ADUN tempatan yang senang dihubungi, kerap berjumpa dan sedia turun padang setiap kali rakyat berdepan kesulitan.

"Inilah kelainan yang kita tawarkan," katanya selepas mengadakan Program Tinjauan Mesra di Pasar Awam Titi, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap Manifesto BN Negeri Sembilan bertemakan 'Hebatkan Semula Negeri Sembilan: Kestabilan Dibina, Negeri Dijaga, Rakyat Dibela, Kemakmuran Dicipta', yang disifatkan sangat menyeluruh dan berjiwa rakyat.

Kong Choon berkata, penawaran sembilan teras utama dalam manifesto berkenaan berupaya mengembalikan kegemilangan Negeri Sembilan seperti era pentadbiran terdahulu.

"Manifesto ini merangkumi semua aspek bagi menjaga setiap lapisan masyarakat. Kita mahu menghebatkan semula Negeri Sembilan supaya kembali berada pada landasan kemajuan yang sepatutnya," katanya.

Kerusi DUN Chennah menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu membabitkan Kong Choon dan penyandang, Anthony Loke daripada DAP mewakili Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan data profil kawasan, DUN Chennah mempunyai 14,422 pengundi.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP memenangi kerusi DUN Chennah pada PRN lalu dengan majoriti 2,200 undi.

Video Terkini

Berita Berkaitan