BH Online
Ringkasan Berita

PRN Negeri Sembilan: Polis buka 3 kertas siasatan berkait kesalahan pilihan raya

SEREMBAN: Sebanyak 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam, kata Ketua Polis negeri, Datuk Alzafny Ahmad.
PRN Negeri Sembilan: Polis buka 3 kertas siasatan berkait kesalahan pilihan raya

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

SEREMBAN: Sebanyak 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam, kata Ketua Polis negeri, Datuk Alzafny Ahmad.

Daripada jumlah itu, tiga kertas siasatan dibuka semalam membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat dengan api hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Beliau berkata, dua lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

"Kertas siasatan yang dibuka semalam membabitkan dua laporan polis di Gemas, Tampin berkait insiden bendera parti dibakar serta gegantung dirosakkan, manakala satu laporan di Titi, Jelebu, kes papan iklan dikoyak dan dirosakkan.

"Secara kumulatif dari 18 hingga 25 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 94 daripada 95 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan diluluskan sebanyak 416 permit.

Alzafny berkata, polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan tegas.

"Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur," katanya.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini, manakala hari mengundi 1 Ogos.

Video Terkini

Berita Berkaitan