BH Online
Ringkasan Berita

PRN NS: Zahid beri bayangan 2 wakil rakyat India akan dilantik isi jawatan EXCO jika BN menang

PORT DICKSON: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan masyarakat India akan diberi perwakilan lebih besar dalam pentadbiran negeri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
PRN NS: Zahid beri bayangan 2 wakil rakyat India akan dilantik isi jawatan EXCO jika BN menang

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) hadir majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kaum India di Seremban, malam tadi. - BERNAMA

PORT DICKSON: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan masyarakat India akan diberi perwakilan lebih besar dalam pentadbiran negeri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Justeru, beliau yang juga Presiden UMNO mengajak masyarakat India di Negeri Sembilan mengulangi sokongan yang diberikan kepada MIC pada PRN Johor dengan memastikan kedua-dua calon MIC menang pada PRN Negeri Sembilan.

"Nanti kalau Menteri Besarnya daripada BN, saya mahu ada dua EXCO orang India," katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India, di sini malam tadi.

Beliau berkata, kemenangan penuh MIC di Johor membuktikan sokongan masyarakat India terhadap parti itu semakin kukuh dan yakin momentum sama dapat diterjemahkan di Negeri Sembilan.

"Sekarang kita berada di Negeri Sembilan dan MIC meletakkan dua calon. Saya mempunyai keyakinan, atas semangat BN sekali lagi, MIC yang mewakili BN akan mendapat kemenangan 100 peratus di Negeri Sembilan.

"Ini memperlihatkan pengundi-pengundi India telah berubah kerana pada 2018 mungkin ada kesilapan, 2022 ada kesilapan. Namun dalam Pilihan Raya Johor dan Negeri Sembilan, kesilapan itu telah diperbaiki," katanya.

Hadir sama, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan serta calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, A Achutan.

Beliau turut mengingatkan bahawa masyarakat India membentuk kira-kira 15.4 peratus daripada keseluruhan pengundi di Negeri Sembilan, antara yang tertinggi di negara ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan