BH Online
Ringkasan Berita

Hampir 15,000 pengisian perjawatan baharu perkhidmatan awam hingga Jun - SPA

ROMPIN: Hampir 15,000 pengisian perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam berjaya dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hingga pertengahan tahun ini.
Hampir 15,000 pengisian perjawatan baharu perkhidmatan awam hingga Jun - SPA

Ahmad Jailani (berdiri, kiri) meninjau kaunter khidmat nasihat kepada pemohon pekerjaan perkhidmatan awam selepas merasmikan Kembara Kerjaya MADANI SPA di Rompin, semalam. - FOTO BERNAMA

ROMPIN: Hampir 15,000 pengisian perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam berjaya dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hingga pertengahan tahun ini.

Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, berkata suruhanjaya itu menetapkan sasaran lantikan 30,000 penjawat awam, tahun ini, berbanding 25,000 pada 2025.

"Kita masih optimis untuk mencapai sasaran 30,000 pengambilan baharu menjelang akhir tahun ini," katanya ketika ditemui Bernama pada Kembara Kerjaya MADANI SPA di Kolej Komuniti Rompin, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih 800,000 permohonan berdaftar direkodkan dalam sistem SPA bagi mengisi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Jumlah permohonan dijangka meningkat melebihi satu juta orang, tahun ini, dengan 1.07 juta pemohon telah diterima pada 2025 dan 1.26 juta untuk 2024," katanya.

Mengenai Kembara Kerjaya MADANI SPA pula, Ahmad Jailani berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, termasuk kepada masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata, skim perjawatan jururawat yang agak kritikal dan memerlukan penambahan juga mendorong SPA untuk membuat temu duga terbuka melalui Kembara Kerjaya MADANI.

"Sambutan diterima menggalakkan dan turut melakar sejarah apabila merekodkan bilangan kehadiran 400 calon, paling tinggi sepanjang inisiatif temu duga bersasar bagi jawatan jururawat lantikan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan