BH Online
Ringkasan Berita

PRN NS: Manifesto BN 'copy-paste' tawaran PH - Aminuddin

PORT DICKSON: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan, kelmarin, didakwa banyak meniru manifesto serta inisiatif diperkenal dan dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
PRN NS: Manifesto BN 'copy-paste' tawaran PH - Aminuddin

(Gambar fail) Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

PORT DICKSON: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan, kelmarin, didakwa banyak meniru manifesto serta inisiatif diperkenal dan dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pelaksanaan manifesto PH sepanjang pentadbirannya telah membuktikan janji yang pernah dipersoalkan sebelum ini direalisasikan, malah kini menjadi rujukan manifesto BN.

"Dulu masa kita melancarkan manifesto, mereka kata manifesto saya tidak boleh ditunaikan. Hari ini, sah dan terbukti manifesto saya yang saya laksanakan, 'copy-paste' semula oleh BN," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Linggi, di sini, malam tadi.

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu turut mempertikaikan sasaran pelaburan RM30 bilion yang dijanjikan BN sepanjang tempoh lima tahun akan datang, kerana disifatkan jauh lebih rendah berbanding pencapaian semasa negeri ini.

"Yang menyedihkan manifesto itu ialah pelaburan RM30 bilion untuk BN sedangkan mereka maklum pelaburan di negeri ini pada tahun lalu saja RM19.1 bilion dan separuh pertama tahun ini kita telah capai hampir RM13 bilion.

"Ini sudah menyamai dan melebihi apa yang mereka tawarkan untuk tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Mengulas dakwaan mengenai projek tergendala pula, Aminuddin mengakui ada projek menghadapi masalah, namun menegaskan perkara sama turut berlaku ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Saya katakan memang ada projek yang tergendala, mungkin mereka akan sebut hospital di Rembau.

"Namun kita ingat, dalam masa pemerintahan sebelum ini pun banyak projek tergendala yang tidak selesai.

"Kita tengok ada bangunan yang tergendala di bandar Seremban. Itu pada zaman siapa? Bukan zaman saya," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan