BH Online
Ringkasan Berita

335 mangsa banjir di Tawau berlindung di satu pusat pemindahan sementara malam ini

KOTA KINABALU: Seramai 335 orang daripada 96 keluarga terjejas banjir di beberapa kawasan di Tawau, berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.
335 mangsa banjir di Tawau berlindung di satu pusat pemindahan sementara malam ini

ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (kanan) meninjau kawasan yang terjejas banjir di Kampung Apas Parit, Tawau petang tadi. - Foto ihsan FB NIZAM Abu Bakar Titingan

KOTA KINABALU: Seramai 335 orang daripada 96 keluarga terjejas banjir di beberapa kawasan di Tawau, berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau yang dibuka sejak 11 pagi tadi.

"Kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6," menurut sekretariat berkenaan menerusi kenyataan.

Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kemudian mengarahkan semua agensi berkaitan menggerakkan segala aset serta tenaga kerja bagi mempercepat operasi menyelamat penduduk terlibat.

– BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan