Berikut adalah berita-berita popular hari ini:
1) 23 juta tandatangan desak Argentina diharamkan
LONDON: Lebih 23 juta peminat Piala Dunia menandatangani satu petisyen yang menggesa Argentina diharamkan daripada menyertai kejohanan itu pada masa depan.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1593064/23-juta-tandatangan-desak-argentina-diharamkan
2) 6 maut kemalangan: 'Keluar lepak selepas sembahyang, pulang sebagai jenazah'
TEMERLOH: Enam sahabat yang maut dalam kemalangan di Jalan Karak Lama di Bentong awal pagi tadi dikatakan keluar makan bersama selepas selesai menghadiri upacara sembahyang di Sungai Kawang bersama ahli keluarga.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593112/6-maut-kemalangan-keluar-lepak-selepas-sembahyang-pulang-sebagai
3) Budak autistik maut terjatuh tingkat 13: Ibu tak sedap hati tingkap tak berkunci, tiada jeriji
KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak perempuan autistik yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 bangunan pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini pagi ini, dikatakan beberapa kali membuka tingkap kediaman itu yang tidak berkunci sebelum insiden berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/07/1593214/budak-autistik-maut-terjatuh-tingkat-13-ibu-tak-sedap-hati-tingkap-tak
4) Anak Irfan Bakti meninggal dunia
KOTA BHARU: Di sebalik berita gembira berjaya ke Liga Super, kem Kelantan Red Warrior (KRW) menerima khabar duka kematian anak ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, semalam.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1593135/anak-irfan-bakti-meninggal-dunia
5) Kes cerai termahal Korea: Bekas isteri dapat RM2 bilion
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan semalam memerintahkan taikun pembuat cip kecerdasan buatan (AI) di negara itu membayar penyelesaian perceraian yang dikurangkan berjumlah AS$644 juta (kira-kira RM2.86 bilion) kepada bekas isterinya.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2026/07/1593171/kes-cerai-termahal-korea-bekas-isteri-dapat-rm2-bilion
6) Sepak Sam-A seperti tendang batu - Aliff
KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menjulang tali pinggang Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai, jaguh negara itu mengakui pertarungan menentang legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao adalah antara yang paling menyeksakan pernah dilaluinya.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/07/1593208/sepak-sam-seperti-tendang-batu-aliff
7) RCI Tabung Haji: 'Siapa yang bersalah, dakwa la' - Tok Mat
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) tidak ada halangan jika kerajaan mahu mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), malah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mendakwa pihak yang didapati bersalah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593212/rci-tabung-haji-siapa-yang-bersalah-dakwa-la-tok-mat
























