BH Online
Ringkasan Berita

Kerajaan teliti bantuan, sokongan perkasa Galeri Karyawan Nordin Ahmad

PERMATANG PAUH: Kerajaan akan meneliti bantuan dan sokongan kepada Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, di sini, dalam usaha memelihara seni khazanah Melayu bagi tatapan generasi akan datang.
Kerajaan teliti bantuan, sokongan perkasa Galeri Karyawan Nordin Ahmad

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil ditemui selepas melawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Permatang Pasir hari ini. - foto BERNAMA

PERMATANG PAUH: Kerajaan akan meneliti bantuan dan sokongan kepada Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, di sini, dalam usaha memelihara seni khazanah Melayu bagi tatapan generasi akan datang.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan meneliti bantuan dalam memperkasakan galeri itu.

"Saya akan minta supaya beberapa perkara disusuli, sekarang muzium terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perpaduan.

"Pada masa sama saya minta FINAS bantu, mungkin ada beberapa sumber seperti klip filem lama resolusi tinggi juga boleh kita sediakan," katanya selepas melawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib Presiden Karyawan Pulau Pinang Prof Datuk Dr Sohaimi Abdul Aziz.

Video Terkini

Berita Berkaitan