BH Online
Ringkasan Berita

6 sahabat maut di Karak: Kereta terbabas ketika melalui laluan berbukit, selekoh - Polis Pahang

BENTONG: Kereta dinaiki enam sahabat yang maut selepas bertembung dengan lori di Kilometer 86, Jalan Kuala Lumpur - Karak dekat Kampung Jambu Rias, Karak, di sini, awal pagi tadi, dipercayai terbabas ketika melalui kawasan berbukit dan selekoh.
6 sahabat maut di Karak: Kereta terbabas ketika melalui laluan berbukit, selekoh - Polis Pahang

Mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Kuala Lumpur - Karak awal pagi tadi ialah V Mugilan, K Dineshvaran, K Alaganathan, A Kanabati Raja, K Sasi Kumar dan M Paranthaman.

BENTONG: Kereta dinaiki enam sahabat yang maut selepas bertembung dengan lori di Kilometer 86, Jalan Kuala Lumpur - Karak dekat Kampung Jambu Rias, Karak, di sini, awal pagi tadi, dipercayai terbabas ketika melalui kawasan berbukit dan selekoh.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata ketika kejadian kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan ketika melalui kawasan berbukit dan berselekoh.

"Akibatnya kereta terbabit bertembung dengan lori dari arah bertentangan dan menyebabkan pemandu serta lima penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 4 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azry Akmar berkata, pemandu lori berusia 31 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS), Temerloh, untuk rawatan" katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dalam nahas itu pemandu kereta, V Mugilan, 25 manakala mangsa yang menaiki kenderaan itu ialah K Dineshvaran, 22; K Alaganathan, 21; A Kanabati Raja, 19; K Sasi Kumar, 17, dan M Paranthaman, 16.

Beliau berkata, semua mayat mangsa dihantar ke HOSAS untuk proses benda siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan