BH Online
Ringkasan Berita

Ahmad Maslan yakin PN tidak akan 'telan' BN di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Barisan Nasional (BN) akan ‘ditelan’ Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Maslan yakin PN tidak akan 'telan' BN di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Barisan Nasional (BN) akan 'ditelan' Perikatan Nasional (PN).

Ini susulan kerjasama kedua-dua gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Sebaliknya, beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, berkata pengalaman kerjasama politik sebelum ini membolehkan BN memahami pendekatan terbaik dalam berunding dengan PN terutamanya PAS.

"Mereka (PN) tak akan telan kita sebab kita ada banyak pengalaman dengan mereka (khususnya PAS).

"Dalam PRN Melaka (2022) dan Johor (2026) kita menawarkan kerusi tetapi mereka tidak menerimanya dan mereka kalah. Akhirnya, PN belajar daripada pengalaman itu.

"Dan tentunya kita akan ulang (pengalaman) supaya menjadi ingatan kepada rakan-rakan PN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras 2026 di Pusat Rekreasi Cheras, di sini, hari ini.

Terdahulu, Amirudin dilaporkan berkata BN perlu menerima hakikat bahawa gabungan itu berisiko 'ditelan' PN, dengan mendakwa tanda-tanda ke arah itu sudah mula kelihatan, termasuk penggunaan istilah 'Perikatan Barisan Nasional'.

Amirudin berkata, usaha membentuk kerjasama politik atas nama 'penyatuan ummah' bukan perkara baharu dan pernah berlaku dalam beberapa episod sebelum ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad menegaskan kerjasama itu hanyalah persefahaman bagi menghadapi PRN dan bukannya perjanjian politik seperti yang dimeterai pada peringkat Persekutuan.

"Pada i peringkat negeri tiada perjanjian. Sebab itu kita bebas menentukan strategi dan pendekatan terbaik bagi memastikan UMNO dan BN terus relevan serta menang," katanya.

Ahmad berkata, kerjasama politik pada peringkat negeri tidak semestinya mencerminkan hubungan antara parti pada peringkat Persekutuan.

Katanya, setiap negeri mempunyai strategi politik yang berbeza mengikut landskap masing-masing.

Video Terkini

Berita Berkaitan