BH Online
Ringkasan Berita

PRN NS: PH akan teruskan pentadbiran bersih, berintegriti sekiranya diberi mandat - Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 1 Ogos ini.
PRN NS: PH akan teruskan pentadbiran bersih, berintegriti sekiranya diberi mandat - Anwar

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama calon-calon Pakatan Harapan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 1 Ogos ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada PH.

"Kepada Allah SWT kita berserah," kata beliau menerusi hantaran yang turut disertakan dengan petikan Surah Al Ma'idah, mengenai keperluan untuk saling bantu membantu dalam melakukan kebaikan serta mengelakkan permusuhan.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP manakala Amanah, sembilan.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala 1 Ogos sebagai hari mengundi.

Video Terkini

Berita Berkaitan