BH Online
Ringkasan Berita

PH tak tolak usaha penyatuan, tapi mesti libatkan semua kaum - Anwar

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) tak menolak sebarang usaha penyatuan namun mestilah menyeluruh kepada semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PH tak tolak usaha penyatuan, tapi mesti libatkan semua kaum - Anwar

Perdana Menteri merangkap Presidan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Program Generasi Muda Suara Baharu di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - Foto BERNAMA

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) tak menolak sebarang usaha penyatuan namun mestilah menyeluruh kepada semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH menegaskan, usaha penyatuan tidak seharusnya hanya bertumpu kepada sesuatu kaum saja, sebaliknya seolah-olah mengabaikan penyertaan kaum lain.

"Hari ini politik, kalau kita tengok seperti mana berlaku di Negeri Sembilan, dia bawa isu baru. Satu kaum saja. Jadi kaum lain apa? negara ini hak orang Melayu, hak orang Cina, hak orang India, hak orang Sabah, Sarawak.

"Mesti semua tahu, ada hak masing-masing dan mesti kita pertahankan. Saya percaya kalau Gen Z bawa mesej ini, dia mampu bawa perubahan. Politik fikiran lama, 'the old politics of fear, of race, of hatred, must end' (politik lama yang menakutkan, perkauman, kebencian mesti dihentikan).

"Kita tidak seharusnya menanamkan rasa takut dalam kalangan orang Melayu terhadap orang Cina, dalam kalangan orang Cina terhadap orang India dan dalam kalangan orang India terhadap orang Dayak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan lebih 3,000 anak muda pada Program Generasi Muda Suara Baharu di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua AMK PKR, Kamil Munim.

Justeru Anwar menegaskan, penyertaan anak muda dalam politik amat penting dalam memastikan arus perubahan politik baru ini dapat dibawa, sekali gus menghentikan segala bentuk politik kebencian kaum.

"AMK perlu teruskan ikhtiar menarik minat anak-anak muda menyertai satu arus perjuangan. Mengapa kita pilih untuk campur tangan bersama dalam agenda politik? kerana yang tentukan dasar ekonomi dan pendidikan negara untuk masa depan itu kebanyakannya oleh pimpinan politik.

"Jadi, pimpinan politik itu mesti terdiri daripada orang-orang yang mampu, pertama, merangkul semua kekuatan. Kena ada pimpinan yang 'unite', bukan 'divide'. Kita perlu merangkul kekuatan, lawan korupsi dan rasisme," katanya.

Beliau berkata, masalah membelenggu negara khususnya kerajaan hari ini bukan soal perkauman, tapi untuk membentuk sebuah tadbir urus kerajaan yang baik.

"Mesti ada kekuatan. Mesti lawan. Di negara ini, masalahnya bukan Melayu. Bukan masalah Cina atau India. Masalahnya untuk dapatkan 'good governance'. Kita kena ada pemimpin baik, tidak korup, tidak perkauman, yang tidak tanam benci satu sama lain.

"Pilih Melayu yang baik dan kompeten. Pilih Cina yang baik dan mampu mentadbir dengan baik. Pilih India yang baik dan yang baik-baik ini bersatu, selamatkan Malaysia tercinta," katanya.

Justeru, beliau mahu anak muda tidak membiarkan pemimpin yang suka membawa naratif perkauman dan kebencian terus dibiar memimpin.

"Jangan biar mereka takutkan kita. Kita kena bangkit. Hari ini majoriti rakyat, yang penting, ada keinginan untuk bina kekuatan baru. Agenda kita reformasi. Ada orang kata, termasuk Ahli-ahli Parlimen dulu yang menang atas Keadilan dan sekarang nak pertikai Keadilan.

"Kamu menang sebab sokongan dari Cina, Melayu, India. Sebab kamu percaya keadilan ada agenda reformasi Keadilan dan Pakatan Harapan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan