BH Online
Ringkasan Berita

'Selepas 5 hari mencari, jasad Abang Ngah akhirnya ditemui di tepi Sungai Galas' - IbuMohd Ih mangsa

GUA MUSANG: Doa dan ikhtiar seorang ibu yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak lelaki yang lemas, akhirnya berjaya menemukan mangsa di Sungai Galas dekat Kampung Batu 6, di sini, hari ini.
'Selepas 5 hari mencari, jasad Abang Ngah akhirnya ditemui di tepi Sungai Galas' - IbuMohd Ih mangsa

Rozita (tengah) bersama isteri mangsa, Nor Aida Sazliza Razali (kanan) ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang, hari ini. NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Doa dan ikhtiar seorang ibu yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak lelaki yang lemas, akhirnya berjaya menemukan mangsa di Sungai Galas dekat Kampung Batu 6, di sini, hari ini.

Rozita Ramli, 47, yang berbaju-T dan berkain batik tetap gigih bersama anggota SAR menaiki bot mencari Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, yang dilaporkan hilang di Sungai Galas apabila bot dinaikinya terbalik pada petang Isnin lalu.

Mayat Mohd Ilham ditemukan kira-kira jam 1 petang tadi di tepi Sungai Galas oleh anggota SAR kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Rozita berkata, dia dan keluarga bersyukur jenazah anaknya ditemukan hari ini selepas lima hari mencari.

Katanya, dia berterima kasih kepada anggota penyelamat dan penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu mencari anak lelaki keduanya itu yang mesra dipanggil Abang Ngah.

"Alhamdulillah, hari ini akhirnya pencarian dan penantian kami berakhir apabila jasad Abah Ngah ditemukan pasukan SAR.

"Jasadnya diangkat dari sungai di depan saya dengan keadaan sempurna dan pakaian terakhirnya berbaju hujan. Hari ini semua ahli keluarga termasuk adik-beradik dan isterinya menyertai misi SAR sejak awal pagi untuk mencari Abang Ngah," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang, di sini, hari ini.

Rozita berkata, pelbagai usaha dilakukan pihak SAR dan penduduk kampung untuk mencari Mohd Ilham yang hilang di Sungai Galas sejak Isnin lalu.

"Saya berterima kasih kepada anggota penyelamat yang bertungkus lumus mencari Abang Ngah dan penduduk kampung yang melakukan pelbagai usaha termasuk solat hajat ketika operasi SAR ini.

"Kami sekeluarga lega dan berpuas hati akhirnya jasad Abang Ngah ditemukan pada petang Jumaat ini" katanya.

Semalam, media melaporkan walaupun berdepan cabaran dalam misi SAR mangsa yang dipercayai lemas di Sungai Galas dekat Kampung Batu 6, di sini, ia tidak mematahkan semangat anggota penyelamat dan penduduk kampung.

Misi SAR memasuki hari ke empat semalam berdepan cabaran arus sungai yang deras dan jarak pencarian luas.

Video Terkini

Berita Berkaitan