BH Online
Ringkasan Berita

Bayi lahir pada ulang tahun Ke-20 pengiktirafan PJ sebagai bandar raya dirai

KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang dilahirkan 20 Jun lalu, tarikh sama ulang tahun ke-20 pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya, menerima pengiktirafan khas daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Bayi lahir pada ulang tahun Ke-20 pengiktirafan PJ sebagai bandar raya dirai

Wakil MBPJ diketuai Mohamad Zahri (empat dari kanan) bersama pasangan warga Sri Lanka dan bayi mereka yang lahir pada tarikh sama pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya, di Columbia Asia Hospital di Petaling Jaya. Foto ihsan MBPJ

KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang dilahirkan 20 Jun lalu, tarikh sama ulang tahun ke-20 pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya, menerima pengiktirafan khas daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bayi lelaki itu dilahirkan di Columbia Asia Hospital di Petaling Jaya pada jam 11.02 pagi dengan berat 2.46 kilogram (kg) adalah anak kepada pasangan warga Sri Lanka, Marymerina Anat Anushan dan A Anushan.

Menerusi program Bayi Bandar Raya, MBPJ menyampaikan sumbangan bakul hadiah barang keperluan bayi serta keahlian Perpustakaan Komuniti MBPJ percuma seumur hidup.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon, berkata inisiatif itu bukan sekadar meraikan kelahiran baharu, malah mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

"Setiap kelahiran melambangkan harapan dan masa depan. Melalui program ini, MBPJ ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga berkenaan sambil menyemai rasa bangga dan kasih terhadap Petaling Jaya dalam kalangan generasi muda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Petaling Jaya secara rasmi dianugerahkan status bandar raya pada 20 Jun 2006.

Kini, bandar raya itu meliputi kawasan pentadbiran seluas 97.2 kilometer persegi dengan populasi seramai 829,865 penduduk serta 292,680 pegangan hartanah.

Video Terkini

Berita Berkaitan