BH Online
Ringkasan Berita

Tuanku Muhriz solat Jumaat di Masjid Jamek Yamtuan Raden Kuala Pilah

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini hari ini.
Tuanku Muhriz solat Jumaat di Masjid Jamek Yamtuan Raden Kuala Pilah

Tuanku Muhriz (tiga, kanan) berkenan beramah mesra bersama pengurusan masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin danTunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-'Abidin.

Solat Jumaat berkenaan yang dihadiri lebih 1,000 jemaah itu diimamkan oleh Imam Muhammad Afiq Kamaluddin.

Terdahulu, Muhammad Afiq menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk "Jangan khianati kedaulatan negara."

Selesai menunaikan solat Jumaat, Tuanku Muhriz dan kedua-dua anakanda beramah mesra dengan jemaah sambil memberi sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.

– BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan