BH Online
Ringkasan Berita

COO Rev Media Group Nicholas Sagau sambung mandat Presiden MDA untuk penggal kedua

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau Tony Ngimat, dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA) untuk tempoh 2026 hingga 2028.
COO Rev Media Group Nicholas Sagau sambung mandat Presiden MDA untuk penggal kedua

Nicholas Sagau (dua dari kiri) dan Sue-Anne Lim (dua dari kanan) menerajui kepemimpinan baharu MDA untuk penggal 2026-2028. Turut sama Natalie Fong (kiri sekali) dan Nik Justin.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau Tony Ngimat, dilantik semula sebagai Presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA) untuk tempoh 2026 hingga 2028.

MDA melalui kenyataan memaklumkan lantikan untuk penggal kedua itu selepas beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan MDA yang berlangsung Rabu lalu.

Turut menyertai barisan kepimpinan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universal McCann, Sue-Anne Lim, yang dipilih sebagai Naib Presiden.

Majlis turut menerima pelantikan Natalie Fong dari Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd sebagai Bendahari dan Nik Justin Nik Mohd Ariffin dari Karangkraf Group sebagai Setiausaha.

Menurut Nicholas beliau berterima kasih atas kepercayaan berterusan diberikan oleh ahli-ahli MDA dan teruja untuk bekerjasama dengan barisan kepemimpinan baharu MDA.

"Ketika kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu muncul serta ekonomi pencipta kandungan terus membentuk semula industri ini, tumpuan kami adalah untuk merapatkan lagi komuniti digital, memperkukuh jaringan kerjasama dan mewujudkan peluang pertumbuhan yang boleh dikongsi bersama," katanya.

Sementara itu, Sue-Anne berkata selama 17 tahun MDA membina sebuah komuniti digital yang erat serta ekosistem yang kini memberikan sumbangan ekonomi yang signifikan kepada negara.

"Saya berharap dapat membantu memperkukuh suara kolektif industri supaya apabila kami menyuarakan perkara yang penting bagi Malaysia sebagai sebuah negara digital, suara itu didengari.

"Teknologi akan terus berkembang dan MDA juga akan terus berevolusi seiring dengan perubahan tersebut," katanya.

Bagi penggal 2026-2028, MDA merangka pelan hala tuju strategik yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pengukuran, integrasi kecerdasan buatan (AI) serta teknologi baharu muncul, selain memperluaskan ekonomi pencipta kandungan.

Persatuan itu turut menegaskan komitmennya untuk terus membangunkan bakat digital di samping menerajui program utama industri seperti d Awards dan d Conference, bagi memperkukuh lagi ekosistem digital tempatan.

Antara organisasi menganggotai Jawatankuasa MDA termasuk Astro Media Solutions, Adzymic Sdn Bhd, FMT Media, Google Malaysia, HEPMIL Malaysia Sdn Bhd, iMedia Asia, Influasia, Vivaki (Malaysia) Sdn Bhd dan WPP Media Malaysia.

Keutamaan MDA bagi penggal ini akan memfokuskan kepada kuasa yang membentuk masa depan industri digital dengan membabitkan banyak pihak untuk memajukan perbincangan dan kerjasama.

Antaranya topik berkaitan AI, ekonomi kreator, perubahan penggunaan media, pengukuran, pembangunan bakat dan model perniagaan digital yang berkembang.

Video Terkini

Berita Berkaitan