BH Online
Ringkasan Berita

PDRM, MCMC diarah siasat kandungan hina Nabi Muhammad - Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah siasat dakwaan membabitkan akaun media sosial palsu yang dipercayai memuat naik kandungan menghina Nabi Muhammad SAW.
PDRM, MCMC diarah siasat kandungan hina Nabi Muhammad - Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyantuni murid SK Bukit Pantai pada majlis penyerahan kunci Blok C sekolah berkenaan, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah siasat dakwaan membabitkan akaun media sosial palsu yang dipercayai memuat naik kandungan menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata setakat ini beliau belum menerima maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan sama ada dakwaan berkenaan adalah benar atau sebaliknya.

"Saya akan semak dengan pihak PDRM dan juga MCMC mengenai status perkara itu.

"Lazimnya apabila aduan dibuat, individu yang dipercayai terbabit akan dipanggil untuk disiasat bagi tujuan pengesahan.

"Pihak MCMC bertindak sebagai agensi teknikal dengan mendapatkan maklumat daripada platform media sosial yang terbabit serta melakukan analisa forensik sebelum dapat mengesahkan sama ada sesuatu peranti itu ada digunakan untuk memuat naik kandungan pada tarikh berkenaan.

"Saya juga meminta supaya pihak MCMC mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Serahan Projek Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pantai, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di Threads mengenai dakwaan akaun media sosial memuat naik kandungan yang dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, pengguna media sosial itu di Facebook menafikan akaun berkenaan miliknya serta mendakwa terdapat individu lain menggunakan nama dan gambarnya serta memuat naik status berkenaan.

Justeru pengguna media sosial berkenaan membuat laporan polis dan kes terbabit sudah dirujuk kepada MCMC.

Video Terkini

Berita Berkaitan