BH Online
Ringkasan Berita

"Itu cakap-cakap jahat... saya tak penuhi syarat jadi MB" - Loke

JEMPOL: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang mengaitkan nam beliau dengan calon Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai “cakap-cakap jahat”.
"Itu cakap-cakap jahat... saya tak penuhi syarat jadi MB" - Loke

Anthony Loke. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali

JEMPOL: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang mengaitkan nam beliau dengan calon Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai "cakap-cakap jahat".

"Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita.

"Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Melayu yang beragama Islam.

"Saya tidak memenuhi syarat kelayakan itu," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja Projek Kerja Pemulihan, Naik Taraf Landasan Kereta Api dan Kerja-kerja Berkaitan di antara Gemas, Negeri Sembilan hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang di Stesen Kereta Api Bahau, hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi mempersoalkan siapa individu bakal dilantik PH sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika kembali mentadbir sekiranya Aminuddin kalah di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Secara sinis, Asyraf Wajdi mempersoalkan sama ada PH akan melantik Loke sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Loke yang bertanding di DUN Chennah berkata, PH hanya mempunyai seorang calon untuk Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun yang kini betanding di DUN Linggi.

Video Terkini

Berita Berkaitan