KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Kawasan yang terbabit ialah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kerian di Perak serta seluruh negeri Pulau Pinang dan Perlis.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.




















