BH Online
Ringkasan Berita

11 disyaki ahli Geng Vinod didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang

SEPANG: Seramai 11 lelaki yang disyaki ahli Geng Vinod tiba di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
11 disyaki ahli Geng Vinod didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang

11 individu dipercayai ahli Geng Vinod yang diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dituduh di mahkamah hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

SEPANG: Seramai 11 lelaki yang disyaki ahli Geng Vinod tiba di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Semua suspek yang dikawal ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba pada jam 9 pagi tadi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata semua suspek warga tempatan berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada 23 dan 24 Jun lalu.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilancarkan JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Selangor bagi membanteras kumpulan jenayah terancang itu.

Kumar berkata, Geng Vinod diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan mempunyai 17 ahli berusia antara 20 hingga 34 tahun yang terdiri daripada penjenayah berulang.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2023 dan dikaitkan kes rompakan berkumpulan, cubaan membunuh, rusuhan bersenjata, menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata serta khianat.

Video Terkini

Berita Berkaitan